,
Laman Utama

“Tangkap Gambar & Tag YB Kawasan Anda” - Bront Palarae Gesa Orang Ramai Lapor Premis Judi Haram

Azwa Rahman
11/08/2020
08:14 MYT
Aktor terkenal Bront Palarae menyeru orang ramai agar ‘membersihkan’ kawasan mereka daripada aktiviti jenayah.
Menerusi laman sosial Twitter, teraju utama filem Pengabdi Setan itu menyuarakan pandangannya untuk tatapan umum.
“Ada kedai judi haram di kawasan anda? Jom snap gambar dan tag YB kawasan anda. Masa terbaik utk bersihkan kawasan anda. Ayuh!” tulis Bront menerusi satu kicauan. Hal ini berikutan tindakan berani seorang peniaga burger yang merakamkan video premis judi haram di kawasan Sungai Buloh sehingga tular dan mendapat perhatian Ketua Polis Negara.
Meninjau ke ruangan balas, kicauan Bront ini mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Ada yang telah pun membuat laporan terhadap kegiatan jenayah di kawasan mereka dan hukuman telah dijatuhkan namun premis judi haram ini tetap kembali.
Malah, ada juga yang tidak berani kerana takut nyawa mereka dan keluarga terancam.
“Dulu ada kedai mesin baru nak buka area sini. Alhamdulillah dapat YB soleh. Sekali YB turun buat demo bantahan untuk tutup. Now kawasan sini takda dah tempat judi. YB Dun Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmood,” komen seorang wargamaya.
“Dah snap, dah report, dah tutup, dah buka lagi. Hahaha,” kata seorang wargamaya.
“Tapi...takut kena pukul,” ujarseorang wargamaya.
“Takleh bro. Nanti kena dedah, kena tetak anak beranak. Maklumat pengadu tak dijaga dah sekarang,” luah seorang wargamaya.
“Sekarang kedai judi tak banyak dah. Ramai pakai apps online je. Dekat wechat ada, telegram ada whatsapp ada. Sikit-sikit kena invite masuk group 888. SKMM pun kena main peranan,” cadang seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, kicauan Bront tersebut telah menerima hampir 6,000 ulang kicau dan 4,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Gara-Gara Kes Jenayah Suami, Pelakon Menangis Terpaksa Pinjam Duit

gempak
27/10/2024
14:55 MYT
Pelakon Sandra Dewi memaklum berdepan kesukaran sepanjang kes berkaitan jenayah rasuah suaminya, Harvey Moeis yang merugikan Indonesia berada di bawah siasatan dan berlangsung di mahkamah.
Berita

Bunuh Teman Wanita Kerana Status WhatsApp

gempak
25/10/2024
15:47 MYT
Insiden ngeri itu belaku pada 17 Oktober lalu, di rumah sewa mangsa di Jalan Peterongan Timur, Kelurahan Peterongan, Kecamatan Semarang Selatan.
Berita

CEO GISB, Isteri, Anak 'Abuya' & 19 Individu Didakwa Jadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang

gempak
23/10/2024
03:45 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali, isterinya Azura Md Yusof; anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi dan 19 individu lain didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020 lalu.
Berita

Kelantan Negeri Kedua Paling Selamat Di Malaysia

gempak
21/10/2024
08:50 MYT
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dalam hantaran di Facebooknya meluahkan rasa syukur selepas negeri ini dilaporkan sebagai kedua paling selamat di Malaysia.
Berita

Wanita Warga Emas Potong Suami Pakai Gergaji & Ubah Suai Rumah, Polis Sifatkan Kes Brutal

gempak
06/10/2024
13:55 MYT
Seorang wanita warga emas berusia 53 tahun tidak dibenarkan diikat jamin dan bakal dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada Disember depan selepas ditangkap kerana didakwa membunuh suaminya.
Unitar