,
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Lebih 17 jam Berlalu, Mangsa Masih Gagal Ditemukan

Gempak
24/08/2024
01:25 MYT
Kawasan Jalan Masjid India, di sini, menjadi tumpuan pengamal media pada Jumaat susulan insiden seorang pelancong wanita warga India dikhuatiri terperangkap dan tertimbus selepas terjatuh ke dalam tanah jerlus pada awal pagi semalam.

Masih belum dijumpai

Setakat 12 tengah malam tadi, usaha mencari dan menyelamat mangsa yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh telah berjalan selama 16 jam namun masih tidak menunjukkan tanda-tanda positif meskipun pelbagai kaedah serta aset digunakan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan mengenai insiden itu pada 8.22 pagi sebelum 15 anggota berserta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta BBP Hang Tuah dikerah ke lokasi kejadian iaitu di hadapan Malayan Mansion.
Menurut maklumat pihak berkuasa, wanita yang terperangkap dan tertimbus akibat tanah jerlus sedalam lapan meter itu dijadualkan pulang ke negaranya hari ini bersama ahli keluarga selepas hampir dua bulan melancong ke negara ini.
BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: “Tolong Selamatkan Ibu Saya!” - Rintihan Anak Sulung Mangsa
BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: “Mangsa Dipercayai Dihanyut Arus Deras” - Polis
BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: “Isteri Jerit Minta Tolong Sebelum Dia Senyap” - Suami
BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Di Hadapan Masjid India, Seorang Mangsa Dikesan
Kerja mencari dan menyelamat mangsa pada mulanya melibatkan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat serta unit anjing pengesan JBPM namun bermula 11.40 pagi, perkhidmatan jentera kren Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa digunakan berikutan sebuah kerusi diperbuat daripada konkrit yang berada di lokasi kejadian turut terjatuh ke dalam tanah jerlus itu dan dipercayai menghempap mangsa.
Seorang anggota JBPM dan seorang petugas DBKL turut diturunkan ke lubang sedalam lapan meter itu menggunakan kren namun selepas pencarian secara manual gagal menemukan mangsa, usaha mengorek kawasan mendapan dengan lebih luas menggunakan mesin jengkaut pula dilakukan.
Susulan itu, JPBM telah menambah anggotanya bagi mencari mangsa.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman pula memaklumkan ketika kejadian, mangsa dilaporkan sedang berjalan kaki dari Selangor Mansion ke arah Lebuh Ampang namun pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup selain mengambil keterangan saksi yang berada di lokasi.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, proses mencari dan menyelamat mangsa perlu dilakukan secara rapi dan berperingkat kerana Indah Water Konsortium (IWK) mempunyai pelan mereka dan di kawasan tanah jerlus itu terdapat aliran air deras.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut meminta orang ramai bertenang dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi membolehkan kerja-kerja sewajarnya dilakukan.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa turut memasuki fasa baharu apabila pasukan SAR memasuki saluran atau 'chamber' kumbahan bagi meneruskan pencarian.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Nordin Pauzi berkata, dua penyelam unit skuba telah digerakkan untuk memasuki saluran itu.
Disambung 9 pagi
Beliau berkata, jika sebelah pagi Jumaat operasi SAR lebih tertumpu di kawasan mangsa dilaporkan terjatuh, malam tadi pula pencarian dilakukan di sepanjang jajaran paip kumbahan syarikat utiliti itu.

Menurut Rusdi, operasi SAR itu ditangguhkan pada 12.30 tengah malam tadi dan akan disambung 9 pagi ini.

Sumber: Awani menerusi Bernama

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Berita

Budak Dalam Video Tular Bukan Mangsa Cubaan Culik Tapi Mangsa Amang Seksual - Polis

gempak
13/09/2024
01:25 MYT
Polis menafikan kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di kawasan sebuah masjid di Subang Jaya adalah mangsa cubaan menculik.
Bollywood

Penyanyi Bengang Dibaling Kasut, Cabar Peminat: “Siapa Buat? Naik Ke Pentas!”

gempak
09/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Tauba Tauba, Karan Aujla berang dan mencabar penonton yang telah membaling kasut ke arahnya sewaktu membuat persembahan di London baru-baru ini.
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.