,
Astro Gempak Article

Tan Cheng Hoe Lepas Jawatan Ketua Jurulatih Kebangsaan, Peminat Bola Sepak Ucap: “Jasamu Dikenang”!

Maliah Surip
03/01/2022
04:20 MYT
Dunia sukan bola sepak negara hari ini menerima khabar kurang baik apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya.
Berita peletakan jawatan Cheng Hoe dikongsikan FAM menerusi kenyataan rasmi sebentar tadi.
Menurut kenyataan tersebut, keputusan melepaskan jawatan itu diambil berikutan kegagalan skuad kendaliannya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini.
“Selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM akhirnya menghormati keputusan tersebut dan telah bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak,” tulis kenyataan tersebut yang diwakili Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar.
Sehubungan itu, FAM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Cheng Hoe yang secara keseluruhannya telah berkhidmat selama 14 tahun bersama FAM sejak bergelar penolong jurulatih skuad B-20 kebangsaan pada 2005 hingga 2013 sebagai penolong jurulatih kebangsaan dan kembali semula pada 2017 sebagai penolong jurulatih kebangsaan kepada Nelo Vingada.
Antara kejayaan yang diraih beliau ialah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 ketika bergelar pembantu kepada Datuk K. Rajagobal serta naib juara Piala Suzuki AFF 2018 selaku ketua jurulatih.
“Jasa dan sumbangan beliau akan sentiasa dikenang. Terima kasih. Selamat maju jaya juga kepada Cheng Hoe dalam meneruskan karier kejurulatihannya selepas ini,” tulis kenyataan tersebut lagi.
Sementara itu berita mengejutkan itu menerima beragam respon dalam kalangan peminat bola sepak tanah air. Biar ada yang mengkritik dan 'bersetuju' melihat peletakan jawatan tersebut, ramai juga yang mengakhiri salam perpisahan dengan sosok yang sentiasa kemas dan tenang ini menerusi ucapan: "Jasamu Dikenang!"
Kredit Foto: Goal.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Kim Pan-gon Letak Jawatan? Tunggu Sidang Media Petang Ini…

gempak
16/07/2024
04:50 MYT
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal mengadakan satu sidang media khas petang ini, difahamkan pada jam 2 petang, di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Sukan

Isu Denda, Selangor FC Bakal Failkan Rayuan Rasmi Kepada MFL

gempak
27/06/2024
17:38 MYT
Selangor FC (SFC) akan memfailkan rayuan berdasarkan keputusan yang telah dipertimbang semula oleh Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berlandaskan peraturan-peraturan berkaitan.
Sukan

Sultan Selangor Murka Keputusan MFL, Kecewa Dengan FAM & Presiden FAM

gempak
26/06/2024
15:25 MYT
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan keputusan Malaysian Football League (MFL) yang mengenakan denda terhadap pasukan Selangor FC.
Terkini

Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!

gempak
19/04/2024
08:00 MYT
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
Laman Utama

Isu Pengadil: FAM Hantar Surat Bantahan Kepada AFF

gempak
30/12/2022
06:25 MYT
Semoga ada jalan penyelesaian!