,
Laman Utama

Tampung Jumlah Kematian, Hospital Sungai Buloh Terpaksa Sediakan Kontena Khas Isi Mayat COVID-19

Azwa Rahman
16/05/2021
23:34 MYT
Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah atau mayat yang meninggal dunia kerana jangkitan COVID-19.
Menerusi laman sosial Twitter, Kementerian Kesihatan (KKM) memuat naik foto kontena khas tersebut dan memaklumkan enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu.
Hari ini, enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu.
Lebih 80% kematian COVID-19 pic.twitter.com/Eul26Fwkyp— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) May 16, 2021Menurut kenyataan itu, lebih 80 peratus kematian akibat jangkitan COVID-19 di negara ini adalah daripada golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.
“Kebanyakan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat.
“Jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka,” menurut ciapan itu lagi.
Sementara itu di ruangan ulang ciap, rata-rata wargamaya meluahkan rasa gerun dan gelisah mereka setelah melihat foto kontena khas tersebut.
Ramai juga yang meninggalkan pesan agar semua rakyat mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan supaya negara kita tidak menerima nasib yang sama seperti Amerika Syarikat dan India.
#stayathome people. Putuskan rantaian covid19. Don’t want any of us ending up as dead bodies in a container,” ujar seorang wargamaya.
ya Allah.. please stay home je gais. This is not funny,” komen seorang wargamaya.
It’s finally happening in Malaysia and we should be worried. Please stay safe everyone,” kata seorang wargamaya.
Kalau rasa ini main-main, pikir apa yang dah jadi dekat US. Kontena macam ni lah yang simpan mayat-mayat kat sana,” pesan seorang wargamaya.
Dah sampai tahap macam ni, aku harap TV3, RTM, Awani utamakanlah dulu perihal covid negara kita. Negara orang kita uruskan nanti. Tolonglah spread awareness to the next level. We need the same energy,” luah seorang wargamaya.
Allahu. Mari semua perketatkan SOP dan kawalan kendiri untuk kita. Biar pi lah menteri ke artis ke sape-sape ke yang langgaq sop tu kita jangan ikut depa. Situasi sekarang tak gurau gais!” tegas seorang wargamaya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

KKM Nafi Remaja Ceroboh Hospital Lakukan Prosedur Merawat Pesakit - “Dia Tak Punyai Kemahiran & Penyamar Itu Memang…”

gempak
15/08/2024
04:51 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan remaja 14 tahun yang menceroboh Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, baru-baru ini melakukan prosedur kepada pesakit ketika penyamaran.
Berita

Aset Atau Hamba? Doktor KKM Kecewa Dipaksa Bekerja Ketika Anak Sakit - “Saya Dah Penat Dengan Sistem Ini!”

gempak
12/08/2024
15:14 MYT
"Saya dah penat dengan sistem di KKM,” Itu luahan seorang doktor wanita yang berkhidmat di sebuah hospital kerajaan di Kuching yang melahirkan rasa kecewa terhadap sistem kebajikan para petugas kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Viral

Jenama Ais Krim Popular Perkenal Perisa Campuran Bersama Ubat Batuk, KKM Arah Hentikan Penjualan Serta Merta

gempak
30/07/2024
09:55 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan penjualan produk ais krim yang dicampur dengan ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) yang dikeluarkan sebuah jenama ais krim dihentikan segera.
Laman Utama

Johor Bahru Catat Kes HFMD Tertinggi Sepanjang Dilaporkan

gempak
17/07/2022
23:00 MYT
Ambil langkah berjaga-jaga semua
Laman Utama

Gejala Demam & Tiada Selera, 2 Produk Rumusan Bayi Dikesan Mengandungi Bakteria?

gempak
23/02/2022
17:19 MYT
Alamak