,
Hiburan

Tampil Mohon Maaf, Marissa Dania Akui Khilaf - “Ini Adalah Jalan Yang Saya & Aslam Pilih…”

Gempak
16/04/2024
03:24 MYT
Lama mendiamkan diri, anak perempuan kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim akhirnya tampil memohon maaf kepada pihak yang terpalit dengan kontroversinya terutama keluarga.

Mohon Maaf Kepada Pihak Yang Terluka Disebabkan Kontroversi

Mahu menjaga nama baik keluarga dan pihak terbabit, Marissa berkata dia mohon ruang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa dicampuri orang luar.
"Saya mohon maaf kerana sudah melukakan hati banyak pihak termasuk keluarga. Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit.
"Ini adalah jalan yang saya dan Aslam pilih (hidup berpoligami). Jadi saya mohon semua pihak beri ruang untuk kami menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.
"Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya sedang berusaha ke arah itu dan doakan semoga semuanya berjalan lancar," katanya.

Syukur Keluarga Terima Aslam

Ditanya mengenai hubungan suami, Ahmad Aslam dengan ahli keluarganya, Marissa berkata, dia bersyukur apabila mereka membuka pintu kemaafan dan menerima kehadiran Aslam.
"Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan daripada keluarga. Tiada ibu bapa yang bersetuju dengan pilihan seperti ini, lebih-lebih lagi usia saya yang masih muda.
"Saya dan Aslam tidak mahu hubungan kekeluargaan ini terputus atau dilanda masalah. Jadi kami kuatkan semangat dan harunginya bersama.
"Walau apapun rintangan yang datang, saya dan Aslam akan cuba selesaikan masalah yang berlaku satu demi satu," katanya.
Dalam masa sama, Marissa enggan menyentuh atau memberi sebarang komen mengenai hubungan dengan madunya, Umisya Mazlan.
"Doakan semoga semuanya baik-baik saja untuk kami berdua," katanya.

BERITA TRENDING: Kakak-Kakak Beri Amaran Jangan 'Gula-Gulakan' Umisya, Anggap Video Boomerang Seperti Kisah Psiko - "Banyak Plot Twist"

BERITA TRENDING: "Mungkin Marissa Rindu" - Ada Berbalah & Lama Tak Berhubung, Umisya Dakwa Hubungan Tak Seperti Digambarkan

Sumber - Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Abby Abadi Kongsi Tips Mudah Nak Solat Bila Sedang Berjalan - “Bila Masuk Waktu, Pakai..”

gempak
23/11/2024
08:55 MYT
Pelakon Abby Abadi menerusi Instastory berkongsi tip untuk memudahkan seseorang itu terutama kaum wanita menunaikan solat ketika sedang berjalan-jalan.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Abby Abadi Terkenang Momen Lucu Awal Perkahwinan, Rasa Pelik Dipanggil Kak Long - “Kita Anak Bongsu, Rupanya Suami Anak Sulung Wak!”

gempak
22/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengimbas kembali kenangan diawal perkahwinan bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Unitar