,
Laman Utama

Tampil Dengan Tulang Pipi Timbul, Peminat Cakap Dukun 'Bedah' Wajah Demi Moore

Maliah Surip
29/01/2021
01:57 MYT
Bintang Hollywood, Demi Moore cukup terkenal bukan sahaja kerana bakatnya, namun raut wajah yang manis dan cantik.
Namun, semalam, Moore yang kini berusia 58 tahun mengejutkan peminat dengan penampilan terkininya.
Ramai yang tidak mengenali bintang filem Ghost itu sewaktu melihat beberapa keping foto dirinya ikut menjadi model jenama terkenal Fendi di Runway Paris Fashion Week yang berlangsung pada Rabu.
Hal itu lantaran wajah manis mantan isteri Ashton Kutcher tersebut terlihat berbeza dan pelik. Bahagian tulang pipinya kelihatan jelas 'terkeluar', sekali gus membuat peminat berspekulasi Moore telah melakukan pembedahan plastik yang gagal!
Memetik laporan The Sun, ramai pengguna Twitter menciap 'Demi Moore sudah tidak dikenali dan berbeza dari dirinya yang lampau' dan ada yang mengatakan dia telah mendapatkan khidmat pembedahan plastik daripada dukun, bukannya pakar sebenar.
"Tak kelihatan seperti Demi Moore. Dan jika ini Demi Moore, orang yang melakukan pembedahan ke atasnya adalah seorang dukun," ciap seorang pengguna Twitter.
Sementara itu seorang pengguna lain menciap: "Apa yang telah Demi Moore lakukan pada wajahnya?", manakala seorang lain menulis: "Saya harap Demi Moore saman pakar bedah yang membuat pembedahan pada wajahnya, sebab sumpah saya ingat dia Caitlyn Jenner pada awalnya!"
Selain itu ramai yang kecewa dengan tindakan aktres tersebut jika beliau memang benar telah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya yang pernah menjadi pujaan ramai.
"Oh Moore, saya rasa anda betul betul tak perlu melakukan benda yang bodoh ini kepada wajah anda," tulis seorang pengguna Twitter lain penuh kesal.
Kredit Foto: The Sun
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Hiburan

Penampilan Makin ‘Berbeza’, Syamel Nafi Buat Pembedahan Plastik - “Itu Tidak Betul..”

gempak
23/08/2024
00:55 MYT
Gara-gara penampilan terbarunya yang menyaksikan dia kelihatan amat ‘berbeza’ berbanding ketika awal kemunculan dalam industri, ramai warganet yang mengusik penyanyi, Syamel.
Hiburan

Finalis Miss Universe Malaysia 2024, Sandra Lim Pernah Dicadangkan Untuk Buat Pembedahan Plastik - “Kecantikan Itu Lahir Dari Dalaman”

gempak
07/08/2024
06:55 MYT
Salah seorang finalis untuk Miss Universe Malaysia 2024, Sandra Lim mendedahkan dia pernah menjadi mangsa buli kerana tidak menepati standard kecantikan di Malaysia.
Hiburan

Zarina Anjoulie Tak Malu Mengaku Pernah Buat Pembedahan Plastik - “Apa Yang Buat Rasa Hina, Potong Usus Tapi Dia Claim Diet”

gempak
04/06/2024
02:55 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie akui lebih selesa untuk tidak menyembunyikan kebenaran pernah melakukan pembedahan plastik atau kecantikan pada bahagian muka dan badannya.