,
Berita

Taman Tema RM600 Juta Bakal Dibina Di Klebang?

Amri Hassan
16/12/2020
11:50 MYT
Sebuah taman tema yang turut dilengkapi sebuah gondola (ferris wheel) terbesar di Malaysia dijangka bakal menjadi satu lagi tarikan baharu di Negeri Melaka yang mana dirancang akan dibangunkan di Klebang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, projek bernilai RM600 juta itu merupakan pelaburan daripada syarikat swasta yang kini hanya menunggu kelulusan.
Jelasnya, taman tema itu bukan sahaja bakal menjadi lokasi liburan buat seisi keluarga, bahkan pada masa sama ia juga berbentuk hiburan dan pembelajaran sesuai untuk segenap lapisan masyarakat.
"Mengikut perancangan, akan ada satu ferris wheel terbesar dalam Malaysia dan mungkin Asia Tenggara di kawasan itu, selain turut dilengkapi projek underwaterworld, kapal selam, dan peralatan tentera perang.
"Ia bukan sahaja menjadi kawasan hiburan tetapi juga untuk aktiviti pembelajaran yang mana akan ada dinding interaktif dan pelbagai lagi aktiviti menarik.
"InsyaAllah jika lulus pada hujung bulan ini kita akan ada semua itu. Bila disebut RM600 juta, maka ia bakal menjadi satu taman tema yang memang bernilai RM600 juta untuk menarik kehadiran pelancong,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Muhammad Jailani berkata, selain taman tema, Melaka juga bakal memperkenalkan pakej kapal persiaran untuk membolehkan pengunjung bersiar-siar dan menjamu selera di tengah lautan.
Kapal tersebut juga, jelasnya, akan membawa pengunjung bersiar-siar di kesemua sembilan buah pulau yang ada di Melaka, selain turut menyediakan pelbagai aktiviti lain yang menarik.
Sumber: Melaka Hari Ini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.