,
Hiburan

Takziah… Shazroul AF4 Meninggal Dunia

Mya Amri
02/10/2019
12:55 MYT
Bintang Akademi Fantasia 4 (AF4) Shazroul Fazlie menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 6.20 petang tadi.
Berita itu disahkan oleh adiknya Nurul Ikmal Zahari, 30, sebentar tadi.
Menurut adiknya, Nurul Ikmal Zahari, 30, selepas empat hari mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL, arwah abangnya dipindahkan ke wad biasa.
“Sepanjang menerima rawatan di hospital, memang tiada perubahan ketara abang akan kembali pulih. Ketika itu, kami bertawakal dengan apa sahaja ketentuan Allah
“Insya-Allah, kami sekeluarga akan menyempurnakan pengebumiannya, esok.
“Jenazah akan dimandikan di Masjid Bukit Antarabangsa dan disemadikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana,” katanya seperti yang dilapor BH Online.
Terdahulu, Shazroul, 34, meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada usus.
Pada 21 September lalu, ibu arwah, Noraini Elias, memaklumkan anaknya dirawat di ICU hospital itu selepas jatuh sakit secara tiba-tiba.
Arwah dimasukkan ke hospital buat kali pertama pada 10 September lalu, iaitu sehari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-34, dan kali kedua pada 21 September.
Sepanjang tempoh berkenaan juga, arwah menjalani dua pembedahan. Doktor turut melakukan pemotongan usus yang bocor, sepanjang kira-kira 90 sentimeter.
Menurut Noraini lagi, berat badan arwah turut menyaksikan penurunan secara drastik, daripada 61 kilogram (kg) kepada 45 kg.
Shazroul pernah menghasilkan album berjudul Cuma, selain berduet dengan Adzrin Azhar menerusi lagu Pencuri Hati.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

Komposer Ooi Eow Jin Meninggal Dunia

gempak
18/09/2024
11:16 MYT
Komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.