,
Hiburan

Takziah! Bapa Pemilik Suara Upin Ipin Meninggal Dunia

Amri Hassan
06/01/2021
01:13 MYT
Bapa kepada pelakon suara Upin & Ipin, Asyiela Putri, Allahyarham Azhar Ahmad meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit, jam 4 pagi pada Selasa.
Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berkata, Azhar sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, semalam.
"Sekitar minggu lalu, arwah ada berkongsi mahu ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana rasa kurang sihat, bagaimanapun arwah ditahan dalam wad.
"Pada Sabtu lalu, saya ada menghantar mesej, arwah mengatakan sedang menjalani pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI).
"Kemudiannya, saya diberitahu, arwah rebah atas kerusi roda dan separuh badannya tidak boleh bergerak dan berada dalam keadaan koma.
"Keesokannya, arwah sedar tetapi sudah tidak mengenali orang. Semalam, saya diberitahu oleh isterinya, doktor mengatakan arwah disahkan menghidap kanser hati. Namun, hari ini, saya menerima berita arwah sudah tiada," katanya.
Bagaimanapun, Burhanuddin berkata, dia tidak dapat mengesahkan punca arwah Azhar meninggal dunia berikutan beberapa komplikasi yang dihadapinya.
Katanya, dia juga tidak berkesempatan melawat berikutan situasi pandemik COVID-19.
"Saya mendoakan kesejahteraan arwah dan keluarga Asyiela Putri daripada kejauhan ini," katanya.
Terdahulu, berita pemergian arwah Azhar dimaklumkan menerusi laman sosial, Facebook dan Twitter Les Copaque.
"Ayah kepada Asyiela Putri, pelakon suara Upin & Ipin iaitu Azhar Ahmad kembali ke rahmatullah pada 4 pagi tadi.
"Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan dicucuri rahmat," tulisnya.
Ayah kepada Asyiela Putri, pelakon suara Upin & Ipin iaitu En. Azhar Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada 4 pagi...Posted by Les' Copaque Production Sdn. Bhd. on Monday, January 4, 2021
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Berita

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

gempak
17/09/2024
18:50 MYT
Bapa yang terlalu sayangkan anaknya itu sanggup memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di atas kepala anaknya untuk tujuan perlindungan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.