,
Hiburan

Takut Terjebak Isu Penyondol, Ini Cara Syamel Jaga Rumah Tangga Bersama Ernie Zakri!

Muhammad Firdaus
14/03/2024
00:55 MYT
Kisah orang ketiga dalam rumah tangga menjadi bualan ramai, apatah lagi ia membabitkan golongan pesohor industri seni.
Bagi penyanyi Syamel, berwaspada adalah pilihan terbaik baginya demi mengelakkan hal yang sama terpalit dalam rumah tangganya bersama Ernie Zakri.

BERITA TRENDING: Tidak Ada Yang Lebih Bijak, Bella Failkan Cerai Kali Kedua Buat Aliff Aziz

“Saya tiada nasihat dan tips sebab saya pun baru berumah tangga tak sampai 5 ke 10 tahun pun lagi. Apa yang saya boleh kongsikan adalah sentiasa beringat dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai suami isteri.
“Setiap hari ada cabaran baru, jadi setiap kali apa yang keluar di luar sana akan sentiasa menjadi peringatan buat saya dan Ernie supaya kami sentiasa berwaspada dan berusaha sekeras-kerasnya untuk menjamin masa depan yang baik buat kami berdua,” kongsinya kepada Gempak.
Ditanya cara menjaga diri apabila bekerjasama dengan artis wanita, jelas Syamel hal itu berbalik pada kawalan dirinya sendiri.
“Sebagai seorang penyanyi, saya menggunakan platform ini sebagai punca mencari rezeki. Sebelum kahwin pun, sebagai seorang lelaki ada batas-batas yang perlu saya jaga.
“Perkara itu saya teruskan sehingga lepas kahwin, jadi InsyaAllah kalau tiada apa-apa yang melampaui batas, tiada masalah untuk saya bekerjasama dengan artis wanita,” katanya.
Sekadar info, Syamel telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Ernie Zakri sekitar Mac 2021.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia dua tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.