Hiburan
Takut Roh Suami Tak Tenang, Jennifer Coppen ‘Lepaskan’ Abu Mayat Dali Wassink
Berita kematian suami pelakon Jennifer Coppen, Dali Wassink baru-baru ini sempat menjadi buah mulut.
Hal itu antaranya kerana Dali yang maut kerana terlibat kemalangan jalan raya di Bali masih muda iaitu 22 tahun.
Selain itu Jennifer juga sempat mendedahkan membakar mayat suaminya meski lelaki tersebut telah memeluk agama Islam.
Selepas membakar dan membuang abu mayat Dali di Pantai Lembeng, wanita itu bagaimanapun menyimpan sedikit abu lelaki yang pernah menjadi cinta hatinya sebagai kenangan.
Dia menyimpan abu mayat Dali di dalam botol kecil yang kemudian dijadikan loket buat rantai yang dipakainya.
BERITA TRENDING: Anak Dah Berjalan Tapi Dali Wassink Tak Sempat Tengok, Isteri Harap Suaminya Bangga Di ‘Atas Sana’
Namun menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Jennifer memberitahu telah melepaskan sisa abu mayat Dali di pantai yang sama abunya dibuang sebelum ini.Tindakan itu dilakukan selepas mendapatkan nasihat serta pandangan daripada keluarga dan ahli agama. Ia juga dilakukan supaya roh Dali tenang.
“Setelah difikirkan dengan baik bersama keluarga dan ahli agama kami memutuskan ‘memulangkan’ abu mayat Dali bersama yang lainnya.
“Kerana kita takut Papa Dali tidak tenang di sana kerana belum lengkap.
“Saya okay. Walaupun tidak lagi menyimpan Papa Dali di rantai, dia sentiasa di dalam hatiku selamanya,” tulis Jennifer seperti dilaporkan InsertLive.
BERITA TRENDING: "Bila Mayat Seorang Muslim Dibakar, Maka Satu Kampung Tanggung Dosa" - Ustaz Abdul Somad
BERITA TRENDING: Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim
BERITA TRENDING: Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami
BERITA TRENDING: Jenazah Suami Dibakar Meskipun Sudah Mualaf, Ini Jawapan Pelakon Jennifer Coppen - “Papa Dali Baru Belajar Agama Islam…”
Must-Watch Video