,
Laman Utama

“Takkan Nak Teruskan Hubungan Yang Haram Depan Budak 5 Tahun” - Caprice Akui Anak Tiri Bagi Soalan Cepumas

Izwan Isa
09/12/2021
01:50 MYT
Selebriti popular, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, meluahkan rasa kagum terhadap anak tirinya, Aleesya Sofea yang dianggap sebagai seorang kanak-kanak bijak.
Mengimbau kembali momen-momen ketika masih belum bergelar suami kepada ibu Aleesya iaitu Farra Inalis Hussni, Caprice berkata, pelbagai insiden yang berlaku telah membuatkan dirinya sedar betapa pintarnya Aleesya yang baru sahaja berusia 5 tahun.
“Aleesya Sofea merupakan seorang kanak-kanak istimewa. Kadang-kadang, saya tak rasa dia berusia 5 tahun 2 bulan. Sebelum terfikir nak kahwin, masa tengah makan dekat One Utama, adik (panggilan manja buat Aleesya) tiba-tiba tanya ‘Daddy dengan mummy dah kahwin ke belum?’.
“Terang-terang saya terkejut. Soalan yang rawak daripada seorang kanak-kanak berusia 5 tahun… tetapi jujurnya, saya berasa pertanyaan tersebut adalah tanda dari Dia. Takkan nak teruskan hubungan yang haram depan budak 5 tahun, pulak tu yang selalu panggil kita daddy. Saya perlu buat keputusan,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.
Caprice menambah, selepas insiden berkenaan, dia menganggap Aleesya berasa bangga terhadap keputusan untuk bernikah dengan ibunya sewaktu majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Masjid Wilayah pertengahan November lalu.
“Pada hari pernikahan dekat Masjid Wilayah, disebabkan patuh SOP, adik terpaksa tunggu dalam kereta. Saat dia melihat saya turun tangga, dia terus lari dan pegang tangan kuat-kuat seperti dia berbangga dengan apa yang telah berlaku.
“Budak umur 5 tahun boleh ke faham benda-benda macam perkahwinan? Dia punya happy tu lain macam. Sama ada dia gembira kerana daddy kahwin dengan ibu… atau sebab dia sudah dapat akses penuh terhadap permainan daddy. Adik dah lama rancang, kita je yang lalai. I sangat berharap dapat jadi ayah dan imam yang baik suatu hari nanti. Insya-Allah,” katanya.
Dalam perkongsian berlainan, Caprice mendedahkan perasaannya selepas genap 30 hari bergelar suami.
“Sebelum ni kita kejar dunia: duit, permainan, kereta, duit, projek, lebih duit dan selalunya rasa tak cukup. Seperti saya nak lebih. Tak pernah cukup.
“Tetapi selepas memiliki isteri dan anak, saya pulang ke rumah setiap hari menghargai perkara-perkara kecil seperti makan malam bersama keluarga, pergi taman, membaca buku dan bermain permainan. Semuanya cukup. Alhamdulillah,” tutupnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.