,
Laman Utama

"Takkan Miskin Harta Kalau Bersedekah" - Pengasas Kosmetik Mesra Wuduk Bantu 182,000 Usahawan Dari Rumah

Amri Hassan
07/02/2022
07:52 MYT
Biarpun negara berdepan dengan era pandemik COVID-19, syarikat kosmetik dan kecantikan, Nurraysa Global Sdn Bhd terus rancak mengukuhkan nama dan membantu lebih 182,000 usahawan dari kalangan suri rumah dan wanita.
Kata pengasasnya, Nur Aini Zolkepeli, pelbagai inisiatif dilaksanakan termasuk mengadakan konvensyen dan malam anugerah bagi menghargai usahawan yang berjaya.
Konvesyen itu kata Nur Aini menjadi platform terbaik menyebar luaskan misi dan visi rangkaian perniagaannya.
"Takkan miskin seseorang itu kerana bersedekah mahupun membantu orang lain. Malah perkara itu juga dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah.
"Saat pandemik menyerang membuat ramai bergelut, kita membantu 182,000 usahawan jana pendapatan dari rumah sejak 2020 hingga kini.
"Kita ambil kesempatan dan ruang ini untuk menyampaikan dan menerangkan perkembangan terkini perniagaan.
"Tak ketinggalan membantu 'reseller' baru mendapatkan jalan dan cara lebih pantas berjaya melalui sesi perkongsian dan 'networking'," katanya.
Sebelum pandemik COVID-19, Nur Aini pernah menganjurkan Nurraysa Excellence Awards pada 2019 bagi menghargai usahawan yang menjadi nadi kekuatan legasi jenama itu dan tahun ini pertama kalinya menganjurkan Konvesyen Usahawan Jutawan Nurraysa 2022 di Hotel dan Pusat Konvensyen Movenpick Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Februari lalu.
Acara sepanjang hari yang turut melabuhkan tirai, dengan 'Makan Malam Gala' bertema Bangsawan pada sebelah malam itu berpaksikan Misi Mencipta Bangsa Usahawan dengan menyaksikan lebih 200 penyertaaan usahawannya dari seluruh negeri.
Menurut Nur Aini, konvesyen dianjurkan atas objektif yang mahu terus membakar semangat dan memajukan usahawan yang menjana pendapatan menerusi empayar dan legasi perniagaannya.
"Kita mahu memberi inspirasi kepada peserta yang hadir melalui kejayaan saya sebagai pengasas dan kejayaan 'Master New Business Owner (NBO)' yang telah terbukti berjaya. Kejayaan yang dikecapi bukan buat buat atau diada adakan. Kita paparkan kisah kejayaan sebenar.
"Perkara itu disokong dengan menunjukkan hasil kejayaan sebenar melalui sesi perkongsian bersama mereka yang berjaya hingga menjadi jutawan. Selain itu, kita juga mahu memperbetulkan 'mindset' bahawa berniaga bukan untuk kaya semata mata. Tetapi lebih daripada itu untuk membantu lebih ramai orang," katanya.
Paling kemuncak kejayaan Fatimah Zaharah Mohd Zahib menerima anugerah paling ditunggu tunggu kerana menjadi NBO dengan jualan paling tinggi.
"Acara sebegini tentunya menyerlah sisi penghargaan untuk meraikan usahawan kami yang mencapai kejayaan luar biasa. Malah hingga bergelar jutawan.
"Juga sebagai meraikan pengedar kami dalam acara gilang gemilang dan eksklusif. Pada akhirnya kejayaan ini menjadi suntikan semangat dan inspirasi kepada pengedar yang hadir untuk lebih bersemangat menjalankan bisnes," katanya.
Syarikat ini pada asalnya bermula dengan jualan sabun kolagen, kini jenama itu berkembang dengan penghasilan lebih 50 produk kosmetik, minuman, makanan tambahan, makanan dan pakaian.
Ia mengamalkan sistem 'dropship' yang membantu golongan suri rumah jana pendapatan hanya dari rumah secara percuma dan model bisnes menembusi pasaran bukan hanya di Malaysia tetapi Singapura, Indonesia dan Brunei.
Memasuki tahun ini, jenama itu komited dan berazam untuk bantu 400,000 orang untuk berjaya bebas dari bebanan kewangan melalui kempen NAK BERJAYA 2022.
Setakat ini, sudah ada 32 'billboard' jenama itu menemani pengguna jalan raya di sepanjang lebuh raya dari Utara ke Selatan dengan 'tagline' Kosmetik Mesra Wuduk.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Watak 'Cik Timah' Hanya Untuk Show, Dee 'Jangan Ketawa' Masih Kencang Terima Job Puluhan Ribu Ringgit - "Di Luar Saya Tak Berpakaian Wanita"

gempak
23/11/2024
06:55 MYT
Pelakon,pengacara dan pelawak popular Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul memberitahu, dia akan bertukar watak 'Cik Timah' atau watak perempuan hanya ketika menerima tawaran persembahan.
Hiburan

Wanita Leka Susun Kotak, Doktor Lelaki Pula 'Asyik' Rakam Punggung Mangsa

gempak
22/11/2024
14:55 MYT
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Hiburan

Mahu Jadi ‘Wanita Original’, Amanda Manopo Tolak Pembedahan Plastik

gempak
17/11/2024
16:55 MYT
Pelakon Amanda Manopo mengaku tidak berminat atau tertarik untuk melakukan pembedahan plastik atas beberapa faktor.
Hiburan

Penyanyi Wanita Popular Tipu Duit RM5 Juta, Beri Rakan Berlian Palsu

gempak
16/11/2024
14:55 MYT
Penyanyi Reza Artamevia  berdepan masalah apabila dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana didakwa menipu, menggelapkan duit dengan anggaran kerugian sekitar RM5 jut
Unitar