Laman Utama
Take Turn, Nabil Mahir Buang Undi Dulu Sebelum Drive Kan Ayda Jebat Balik Melaka Sempena PRU15
Hampir seluruh rakyat Malaysia keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 yang diadakan semalam.
Ada yang pulang sehari sebelum proses membuang undi dan ada juga yang terpaksa pulang pada saat akhir kerana kekangan kerja.
Bagi penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, kepulangannya ke Melaka, iaitu negeri kelahirannya ternyata merupakan satu hal yang menyeronokan sementelah ditemani suami tercinta, Nabil Mahir.
Menerusi Instagram Story yang dikongsikan oleh Nabil, pengacara itu terlebih dahulu membuang undi di Petaling Jaya sebelum memandu ke lokasi pengundian isterinya di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka.
“Guys, so kita dah vote, right now turn untuk Ayda. Kita on the to Melaka,” kongsinya.
Menerusi kemas kini di Instagram Ayda pula, penyanyi lagu Parah Parah itu turut memuat naik gambar usai membuang undi di sana.
“Demi tanah air tercinta. Yay! Tadi saya mengundi dekat sekolah lama! Rindu weh SMK Bukit Baru Melaka. Nasib baik tak terjumpa scandal lama masa sekolah. Hahahaha!
“Sapa sini terjumpa kawan, ex-boyfriend, ex segala ex? Hahahaha! Aib. Thanks Nabil Mahir drive kan dan ambikkan photo,” tulisnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video