,
Laman Utama

Tak Tahu Nak Tengok Cerita Apa Hujung Minggu Ini? Jom Layan Kingdom: Ashin Of The North!

Asraf Aided
30/07/2021
13:40 MYT
Kingdom: Ashin of the North telah dilancarkan tayangan secara eksklusif di Netflix mulai 23 Julai lalu.
Musim kali ini pastinya menjanjikan sesuatu yang gempak dan berbeza berbanding dua musim sebelumnya.
Tidak kiralah sama ada anda sudah menonton dan terbiasa dengan musim-musim terdahulu ataupun tidak, Kingdom: Ashin of the North pasti akan membuat anda terpukau! Ini lima sebab kenapa anda harus menontonnya.
Penceritaan Yang Kompleks
Kingdom diminati di seluruh dunia dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Ditulis oleh Kim Eun-hee, penceritaan siri ini dihasilkan dengan kompleks.
Sementara pengarahnya pula, Kim Seong-hun mengatakan episod istimewa dalam Kingdom: Ashin of the North akan membuatkan penonton teruja tentang permulaan asal kisah Kingdom. Ia secara tidak langsung membuatkan penonton ingin tahu apa yang berlaku dalam musim pertama dan kedua sekiranya mereka belum pernah menyaksikannya!
Dihasilkan Oleh Karyawan Berpengalaman
Kim Eun-hee adalah seorang penulis skrip terkenal di sebalik siri Kingdom, drama Signal dan filem Once in a Summer.
Begitu juga dengan pengarah Kim Seong-hun yang merupakan seorang pengarah yang telah berkhidmat untuk siri Kingdom dan karya lain seperti filem A Hard Day dan The Tunnel.
Bekerjasama menerusi dua musim dan episod istimewa siri ini, Kim Seong-hun berkata, dia sangat gembira bekerja dengan penulis skrip berbakat itu.
Malah, teraju utama Kingdom: Ashin of the North, Gianna Jun juga mengatakan Kim Eun-hee adalah salah satu sebab dia terlibat dalam siri berkenaan.
Gianna Jun Pelakon Hebat
Gianna Jun telah membuat perubahan yang tak dijangka dalam pengakhiran Kingdom musim kedua.
Aktres popular ini juga telah membintangi siri lain seperti The Legend of the Blue Sea dan My Love From the Star. Tapi apa yang pasti, sesuatu yang jauh lebih 'dark' dapat dilihat menerusi karakter Ashin.
Penulis skrip Kim Eun-hee juga mengakui dia adalah salah seorang peminat Gianna Jun dan mengagumi bakat lakonannya.
Barisan Pelakon Lain Juga Bukan Calang-Calang!
Selain Gianna Jun, barisan pelakon yang membintangi siri ini mempunyai bakat yang bukan calang-calang.
Kingdom: Ashin of the North turut menampilkan Park Byung-eun, Kim Si-a, Kim Roi-ha dan Koo Kyo-hwan.
Park Byung-eun turut membintang Kingdom musim kedua serta pelbagai siri dan filem lain. Kim Si-a pula merupakan pelakon yang sedang meningkat naik dengan kemunculan dalam pelbagai filem antaranya Miss Baek, The House of US dan banyak lagi.
Kim Roi-ha pula merupakan aktor veteran yang tidak akan mengecewakan penonton dengan lakonannya.
Sementara Koo Kyo-hwan sangat dikenali dengan kejayaan menjayakan pelbagai jenis watak. Dia juga selesa bergandingan bersama pelakon dan pihak produksi yang terlibat dalam Kingdom: Ashin of the North.
Penuh Sejarah
Dalam siri ini, anda akan menyaksikan suasana yang bersejarah dan berbeza dengan cerita zombi lain.
Kingdom: Ashin of the North berlaku sebelum penularan wabak zombi seperti dalam musim-musim sebelumnya.
Kim Seong-hun mengatakan cerita ini berlaku di persekitaran sungai Amnok yang memberi gambaran tentang pertelagahan antara kumpulan berbeza di wilayah utara.
Demikianlah lima sebab kenapa anda harus menyaksikan Kingdom: Ashin of the North terutamanya ketika hujung minggu ini.
Lapangkan minda, jom layan siri ini di Netflix!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Polis Evo 3 & Projek: High Council Kini Boleh Distrim Di Netflix!

gempak
18/03/2024
14:55 MYT
Polis Evo 3 dan Projek: High Council boleh distrim menerusi aplikasi Netflix di Astro Ultra & Ulti Box.
Peraduan

Aquaman and The Lost Kingdom: Sewa & Menang di Astro First!

gempak
08/02/2024
09:11 MYT
Sewa & Menang hadiah eksklusif khas daripada Aquaman!
Terkini

Najib Mahu Man On The Run Dikeluarkan Daripada Netflix

gempak
08/01/2024
05:27 MYT
Datuk Seri Najib Razak menerusi peguamnya, memohon pihak pendakwaan mengambil tindakan segera dengan mengarahkan perkhidmatan penstriman Netflix, mengeluarkan filem dokumentari Man On The Run yang sedang ditayangkan di negara ini
Laman Utama

Disiplin Persiapkan Baju Untuk Seminggu, Siapa Macam David Beckham?

gempak
10/10/2023
14:45 MYT
David Beckham diketahui mempunyai gangguan Obsesif Kompulsif (OCD)
Laman Utama

Eksklusif Bersama Jamie Dornan, Cerita Tentang Heart of Stone, Gal Gadot & Kembara 6 Negara!

gempak
17/08/2023
03:22 MYT
Gempak berkesempatan menemubual bintang Hollywood, Jamie Dornan pada Jun lalu yang membintangi filem Heart of Stone terbitan Netflix.