,
Laman Utama

“Tak Tahu Nak Gambarkan Pengalaman Tadi” - Siti Elizad Selesai Jalani Proses Pemindahan Embrio, Netizen Titip Doa

Azwa Rahman
27/10/2020
02:00 MYT
Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad baru selesai menjalani proses ‘embryo transfer’ bagi meneruskan sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalaninya.
Menerusi laman sosial Instagram, Elizad berkongsi beberapa keping foto selepas melakukan proses itu untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah syukur, baru selesai ‘embryo transfer’ hari ini. Semuanya berjalan lancar. Doakan yang terbaik buat kami ya.
“Nervous tunggu result akan datang nanti. Hanya mampu berdoa. Moga-moga adalah rezeki kami berdua. Selebihnya, kami hanya berserah padamu ya Allah.
“Terima kasih Dr @dr.azlin dan @sophea_fertility dan semua nurse yang banyak membantu menenangkan saya tadi. Tak tahu nak gambarkan pengalaman tadi,” tulis Elizad di ruangan kapsyen.
Pemindahan embrio merupakan satu proses dimana embrio yang sudah berkembang dimasukkan ke dalam uterus.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan sokongan dan mendoakan agar usaha Elizad dan suami untuk mendapatkan zuriat ini dipermudahkan.
Banyakkan berehat, jangan buat kerja berat. Makan banyak buah kurma dan minum susu. Semoga ada rezeki, jangan putus asa. Perempuan selagi adanya period, tiada yang mustahil,” luah seorang wargamaya.
Semoga Allah kurniakan sebaik-baik zuriat kepada Elizad dan suami. Insya-Allah ada rezeki untuk korang berdua,” kata seorang wargamaya.
Amin, semoga embrio tersebut bertukar menjadi bayi yang sihat. Apa pun hasilnya nanti, awak patut berbangga. Tak ramai yang pergi sejauh ini,” sokong seorang wargamaya.
Permudahkanlah urusan Elizad, mudahan mendapat bayi kembar,” komen seorang wargamaya.
Jangan stress, sentiasa positif, rehat yang cukup, semoga Allah kurniakan zuriat yang sihat pada Elizad dan suami,” pesan seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto-foto tersebut telah mendapat hampir 38,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Menerusi laporan Gempak pada 16 Februari 2020, Elizad mengumumkan dia berehat seketika dari mengacara program bual bicara Mingguan Wanita demi menjalani rawatan IVF.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat

gempak
11/09/2024
13:45 MYT
Baru diumumkan sebagai bilionair termuda Amerika Syarikat dengan aset bernilai RM5.7 bilion, Selena Gomez nampaknya mengejar sesuatu yang lebih ‘besar’.
Hiburan

Achey Berang Pasangan Pilih Konsep 'Child Free' & Anggap Anak Beban - "Mak, Nenek Moyang Awak Pun Agak Menyesal Bila…”

gempak
01/07/2024
06:55 MYT
Tular video di laman sosial memperlihatkan sepasang suami isteri yang mengakui mereka memilih untuk berkahwin tapi tidak mahu zuriat yang mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya dan selebriti tempatan.
Hiburan

Ulas Isu ‘Child Free’, Caprice Akui Hidup Berubah Lepas Punyai Zuriat – "Dulu Tidur Bergantung Pada Ubat”

gempak
29/06/2024
00:55 MYT
Penyanyi Caprice memberi pandangannya mengenai ‘trend’ baru-baru ini di mana terdapat pasangan yang sudah berkahwin memilih untuk tidak mempunyai zuriat.
Hiburan

"Saya Puji Orang Yang Terus Tahu Dia Nak Ada Anak Atau Tidak” - Hanis Zalikha Kongsi Pandangan Tentang Childfree

gempak
17/06/2024
08:55 MYT
Pelakon dan personaliti media sosial, Hanis Zalikha berkongsi pandangannya mengenai anak-anak selepas menerima satu soalan di Instagram miliknya.
Laman Utama

“Ada Perancangan Tapi Umur Sudah Tua” - Afdlin Shauki Tak Tolak Rezeki Jika Dikurniakan Cahaya Mata

gempak
14/10/2023
11:47 MYT
Doakan yang baik-baik untuk Afdlin dan isteri.