,
Laman Utama

"Tak Tahu Apa Salah Saya"- Dah Cuba Selamatkan 28 Tahun Perkahwinan, Madu Miera Liyana Reda Jika Diceraikan Hari Ini

Syafiqah Jalal
03/08/2023
02:51 MYT
Madu kepada pelakon Miera Liyana, iaitu Adibah Abdul Mutalib , 50, reda jika perkahwinan yang dibina selama 28 tahun berakhir dengan perceraian pada hari ini di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Adibah yang hadir pada pagi Khamis untuk prosiding kes perceraian yang difailkan oleh suaminya Rosland Othman kelihatan tenang dan berserah apa sahaja keputusan yang diutuskan.
"Kami dah pergi JKP (Jawatankuasa Pendamai) sebelum ni dan dapat kaunseling dari pihak JAWI harap pihak mereka dapat menilai dengan baik mungkin akan nasihat dan bagi laporan sebaiknya apa-apa pun keputusan hakim saya berserah sebab kita dah buat yang terbaik
"Kalau ikutkan dia memang dah bulat untuk bercerai tapi saya sedaya upaya hendak selamatkan. Bagaimana pun kalau dah hakim kata sebaiknya berpisah ke apa saya redalah.
"Mungkin itu yang Allah dah tentukan dan mungkin Allah nak bagi yang lebih baik kita tak tahu," katanya kepada Astro Gempak.
Adibah berkata demikian ketika ditemui Gempak sebelum prosiding itu berlangsung.
Ibu kepada lima orang anak itu memaklumkan Rosland sudah sekat nombor telefonnya sejak tahun 2021 dah tiada usaha untuk menghubunginya.
Apabila ditanya mengapa masih mahu mempertahankan rumah tangganya meskipun Rosland tidak memberikan kerjasama untuk memperbaiki huhunban mereka, Adibah hanya mahu mempertahankan haknya.
"Saya masih mahu pertahankan sebab saya tak tahu apa salah saya dan dia pun failkan perceraian secara tiba-tiba dan mengejut saya cuma nak pertahankan hak saya dan minta dia berlaku adil sahaja
"Dugaan berada dalam kemelut rumah tangga ini sangat berat lah sebelum ni dengar cerita orang je tapi saya percaya apa-apa yang Allah nak bagi tu, pasti ada hikmahnya...bersangka baik sahaja," kongsinya.
Rosland Othman memfailkan cerai terhadap isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutallib pada 3 Mei lalu.
Pagi ini juga, sebutan kes Hadanah untuk dua orang anak mereka Nur Anisa, 12, dan Nurin Tasnim, 11, turut ditentukan hari ini untuk perbicaraan selanjutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar