HIBURAN
Tak Tahan Berjauhan, Kak KM Suruh Anak Berhenti Kerja Pramugari - “Sebenarnya Saya Memang Tak Nak…”
Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, mengesahkan bahawa anak sulungnya, Nabila telah berhenti daripada latihan pramugari di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.
Menurut Kak KM, anaknya menerima keputusan untuk berhenti kerja tanpa sebarang bantahan.
“Betul balik terus sebab saya suruh resign.
“Dia okay sahaja untuk berhenti, dia memang anak yang baik,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Kak KM turut mendedahkan bahawa jarak dan masa yang terhad bersama anak membuatkan dirinya merasa tertekan secara emosi.
Tambahan pula, kontrak kerja sebagai pramugari itu memerlukan komitmen selama lima tahun.
“Sebenarnya saya memang tak nak anak masuk mana-mana airline sebab saya tak boleh berjauhan dengan anak. Bila dua minggu jauh saya sakit tapi bukanlah sakit sampai terlantar tapi tarik habis jiwa ni.
"Kontrak itu lima tahun takkan la saya nak menanggung rindu tu lima tahun, kerja sahajalah dekat KL ni kalau tak ada kerja boleh kerja dengan saya dulu," ujarnya.
Terdahulu, Kak KM akui masih cuba menyesuaikan diri apabila berjauhan dengan anak sulungnya, Nabila.
Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, pengalaman ini bukan sahaja memberi cabaran buat anaknya yang pertama bekerja tetapi juga kepada dirinya sebagai seorang ibu.
Must-Watch Video