HIBURAN
Tak Suka ‘Goyang Kaki’ Di Rumah, Remy Ishak Seronok Bantu Isteri Uruskan Anak - “Dia Tak Paksa & Suruh Pun Tapi…”
Pelakon Datuk Remy Ishak mengakui dia bukan seorang yang jenis suka berehat dan hanya ‘goyang kaki’ apabila mempunyai masa terluang di rumah.
Menerusi perkongsian di laman sosial, Remy memberitahu dia lebih gemar mengambil alih tugasan menguruskan anak bagi meringankan beban isterinya.
“Percaya tak, kalau aku cakap aku tak suka sangat berehat. Hari tak ada shooting aku tak suka goyang kaki.
“Bila kat rumah, aku akan ambil alih tugasan, ringankan beban isteri,” kongsi Remy.
Pelakon filem Keluang Man ini turut memuat naik video memperlihatkan dia sedang menguruskan dan menjaga anak lelakinya iaitu Tuah Alam.
Pada perkongsian yang sama, Remy turut menjelaskan dia melakukan perkara itu bukan atas paksaan isterinya namun menganggap ia sememangnya sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai bapa.
“Isteri tak paksa dan suruh pun, tapi sebab aku rasa tu tanggungjawab dan aku memang tak boleh duduk diam,” katanya lagi.
Rata-rata netizen di ruang komen di perkongsian itu memuji sikap Remy yang bertanggungjawab dan patut dijadikan sebagai suami contoh.
@remyishaktiktok percaya tak kalau aku cakap aku tak suka sangat berehat 😂 Hari takde shooting aku tak suka goyang kaki. Bila kat rumah, aku akan ambil alih tugasan, ringankan beban isteri. Wife tak paksa & suruh pun, tapi sebab aku rasa tu tanggungjawab & aku memang tak boleh duduk diam 🤣 #kuasakauKAW @Alicafe Malaysia ♬ Success And Creation - MeridianMusic
Must-Watch Video