,
Laman Utama

Tak Seksi, Followers Sikit Punca Hani Fadzil Kena 'Reject' Jadi Hos - "Inilah Realiti Kita Hadapi"

Asyikin Mayudin
27/06/2023
08:50 MYT
Hanya disebabkan tidak berimej seksi, pengacara Hani Fadzil mendedahkan dia tidak diterima menjadi hos oleh ‘client’ yang lebih memilih penampilan berbanding bakat.
Hani berkongsi perkara tersebut menerusi laman Twitter miliknya dengan turut memuat naik perbualan mesej mengatakan pihak tersebut hanya mahukan hos berimej seksi.
“Hani, ini tak jadi. Mereka nak host (pengacara) dengan imej seksi,” tulis mesej tersebut.
Pada perkongsian sama, Hani memberitahu selalunya dia tidak menerima tawaran disebabkan pengikut di laman sosial tidak mencukupi.
“Tak dapat job sebabkan bakat saya (X), tak dapat job sebab tak seksi (/). Macam ini pun boleh. Selalu tak dapat job sebab tak cukup followers. Ini tak seksi pula,” kata Hani.
Tidak menjangkakan pendedahannya menjadi bualan hangat, Hani berkata dia memahami setiap pihak mempunyai keutamaan dalam memilih siapa yang mereka mahukan.
Biarpun pernah ditolak gara-gara wajah tidak cukup cantik dan pengikut laman sosial kurang, namun Hani menegaskan dia tidak akan pernah berputus asa dalam mencari rezeki.
“Tak sangka benda ini akan menjadi kecoh. Perkara itu saya faham bahawa sesetengah pelanggan mempunyai keutamaan mereka sendiri. Terasa nak berkongsi kerana inilah realiti yang kita hadapi.
“Saya juga pernah dapat ‘sorry tak cukup followers’, ‘sorry you bagus tapi tak cukup cantik’ sebelum ini. Tapi saya tidak akan pernah putus asa,” jelas Hani.
ARTIKEL BERKAITAN: "Mengejek Bukan Savage, Itu Biadab!" - Hani Fadzil Bidas Tindakan Melampau Pelakon Wanita Ejek Bintang K-Pop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Diminta Untuk Tanggal Hijab, Yuna Harap Haters Dilembutkan Hati – “Unfollow Saya Kalau Rindu Yuna Yang Dulu”

gempak
28/08/2024
21:55 MYT
Penyanyi Yuna mempersoalkan sikap sesetengah netizen yang sering mencari kesalahan terhadap dirinya seperti mengkritik pemakaiannya.
Berita

Polis Siasat Pemilik Akaun X 'Syedewa' Kerana Mengaibkan Imej Polis

gempak
09/08/2024
08:55 MYT
Polis menyiasat seorang pemilik akaun media sosial X kerana disyaki membuat hantaran yang mengaibkan imej anggota trafik polis yang sedang bertugas menjalankan sekatan jalan raya di Damansara Damai, Petaling Jaya pada Selasa lepas.
Hiburan

Dilabel ‘Penyangak' Gara-Gara Berimej Rambut Panjang, Fadlan Hazim: “Saya Tak Terasa Sebab…”

gempak
08/08/2024
01:55 MYT
Aktor Fadlan Hazim berkongsi isterinya iaitu Aiya Mukhamedsalova teruja dengan imej terbaharunya kini yang berambut pendek.
Hiburan

Terima Mesej Berbaur L*cah, Ini Respons Ain Edruce: “Saya Tak Pernah Pakai Baju Jarang”

gempak
19/07/2024
02:55 MYT
Pelakon Ain Edruce meluahkan rasa berang apabila menerima mesej berbaur lucah daripada netizen yang tidak dikenali menerusi Instagram baru-baru ini.
Viral

Imej AI All Eyes on Rafah Dominasi Media Sosial, Dikongsi Lebih 45 Juta Wargamaya

gempak
31/05/2024
21:55 MYT
Imej kecerdasan buatan (AI) All Eyes on Rafah menjadi imej paling banyak mendominasi media sosial yang digunakan oleh seluruh duna.