,
Hiburan

Tak Sangka Jadi Viral Hiburkan Geng Traffic Jammed, Aishah Terkejut - “Siap Ada Yang Pusing Balik Nak Tengok”

Mya Amri
24/04/2024
08:55 MYT
Juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Datuk Aishah tidak menyangka aksi spontannya menghiburkan pemandu kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya di hadapan kediaman keluarganya pada raya kedua baru-baru ini menjadi tular.
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
“Sebenarnya masa itu saya beraya di rumah sepupu dan menunggu untuk pulang ke Kuala Lumpur. Rumah sepupu saya pula memang berhadapan dengan jalan raya.
“Dari pagi saya perhatikan kereta banyak yang lalu lalang, saya pun terdetik bila lah agaknya saya dapat balik kalau begini.
“Tunggu punya tunggu, dekat depan rumah sepupu saya ini memang ada set karaoke, anak anak buah menyanyi saya pun turut serta.
“Beberapa lagu sudah saya nyanyikan tapi jalan masih lagi sesak, selepas itu saya nekad untuk pulang juga sebab kalau nak tunggu tak ada kereta memang tak balik saya.
“Jadi saya pun kata, okay last kopek lah nak menyanyi. Sekali lihat orang berderet tengok saya menyanyi.
“Saya pun sebenarnya tak sangka ramai yang tonton video itu selepas dimuat naik, laju mereka like,” kongsinya.
Aishah berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sumbangan Rahmah Industri Muzik 2024 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Pulman Kuala Lumpur City Centre pada Isnin.

Siap ada yang pusing balik

Bagaimanapun kata Aishah, bagi mereka yang kurang senang atau memberikan komen negatif, jangan terlalu serius kerana momen itu tujuaannya adalah untuk menghiburkan orang ramai.
“Saya okay sahaja menyanyi begitu, sekadar untuk menghiburkan orang, happy happy sahaja, janganlah ambil terlalu serius.
“Sebab bila anda sudah menyanyi lama seperti saya, kebanyakan masa anda melakukannya untuk wang tetapi adakala saya melakukan untuk ‘passion’ saya.
“Bagi saya itu adalah momen pada ketika itu, tengok muka muka yang mengharungi jem itu layu sahaja, mengantuk, jadi apa salahnya saya prank sikit, tengok mereka perasan ke tidak ada artis.
“Ada yang hon hon, tidak kurang juga ada yang pusing balik berkali-kali. Seronok bila saya dapat lihat mereka gembira,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Aishah Sempoi Hiburkan Geng Sangkut Traffic Jammed Depan Rumah! - "Tambah Sesak Sebab Dapat Konsert Free"

Terdahulu, Aishah tampil bersahaja dengan kurung berbunga melantunkan lagu raya popularnya berjudul Pulanglah sambil disaksikan keluarga dan pemandu yang melalui hadapan rumah saudaranya di Palong 7, Negeri Sembilan.
Biarpun hanya bergantung pada mikrofon dan set karaoke kenduri kampung, kemunculan spontan Aishah itu mendapat pujian ramai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.