,
Hiburan

Tak Sangka Boleh Masak, Afifah Nasir Seronok Jadi Suri Rumah - “Suami Suka Makan…”

Asyikin Mayudin
20/06/2024
23:55 MYT
Sebulan lebih bergelar isteri, pelakon Afifah Nasir mengakui dia sedang menikmati kehidupan sebagai suri rumah selepas berkahwin dengan Syed Hariz pada 5 Mei lalu.

Suka Duduk Rumah

Menerusi perkongsian video di TikTok Inayah Beauty Trading, Afifah berkata dia suka berada di rumah memandangkan sebelum ini kerap keluar untuk menjalani penggambaran.

"Dia macam seronok jadi suri rumah tangga. Saya suka duduk rumah rasa macam healing sebab sebelum kahwin asyik duduk luar shooting," katanya.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Anzalna itu tidak menyangka dirinya mempunyai kebolehan untuk memasak selepas berkahwin.

Pandai Masak

"Saya suka memasak. Dia macam memasak tu datang lepas kahwin tau. Dulu saya fikir macam tak reti masak tapi bila saya dah masak macam ‘oh, boleh je aku masak sebenarnya’.
"Lepas kahwin dia macam datang sendiri jadi siapa yang tak reti masak sebelum kahwin tu, tunggu lepas kahwin mesti boleh punya," tambahnya.

Suami Suka Makanan Barat

Pemilik nama sebenar Nur Afifah Md Nasir itu memberitahu, selain duduk di rumah, memasak juga boleh diibaratkan sebagai healing.
"Saya suka masak, saya rasa healing sangat benda tu. Suami suka makan pasta, suka makanan barat. Ada yang dm saya kata 'nampak awak asyik masak makanan barat je untuk suami, dia tak makan makanan Melayu ke?'
"Dia makan, cuma kitorang dalam seminggu akan ada sehari makan makanan Melayu. Tapi setakat ini saya tak masak menu berkenaan sebab suami asyik teringin makanan barat sahaja," ujarnya.
Terdahulu, Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Afifah Nasir Nak Judika Datang Ke Majlis Perkahwinan Tak Tercapai - “Semua Yang Saya Mahukan Dapat Dengan Mudah Kecuali…”

ARTIKEL BERKAITAN: Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”

ARTIKEL BERKAITAN: Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!

ARTIKEL BERKAITAN: Afifah Nasir Dilamar Syed Harris Atas Pesawat Ringan!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Sedia Berkahwin Lepas Tamat Pengajian, Leona Mahu Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa - "Saya Hanya Nak Menjadi Seorang Ibu"

gempak
21/08/2024
13:25 MYT
Pempengaruh dan anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona, mendedahkan hasratnya untuk bergelar suri rumah tangga dan ibu sepenuh masa.
Hiburan

Impian Afifah Nasir Nak Judika Datang Ke Majlis Perkahwinan Tak Tercapai - “Semua Yang Saya Mahukan Dapat Dengan Mudah Kecuali…”

gempak
08/05/2024
03:54 MYT
Afifah dedah Judika tak dapat datang ke majlisnya.
Hiburan

Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”

gempak
06/05/2024
04:55 MYT
Baju nikah Afifah Nasir jadi perhatian.
Hiburan

Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!

gempak
05/05/2024
10:31 MYT
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Viral

Wanita Terima Pampasan RM490,000 Dari Bekas Suami, Dedikasi Jadi Suri Rumah Selama 26 Tahun

gempak
17/03/2024
14:51 MYT
Seorang suri rumah berjaya mendapat pampasan sekitar RM490,000 daripada bekas suami sebagai balasan kepada semua pekerjaan dan dedikasi yang diberikan sepanjang berkahwin selama 26 tahun.