,
Hiburan

“Tak Sangka Allah Beri Saya Peluang Bantu” - Siti Nurhaliza Sebak Bercerita Baju Raya Anak-Anak Gaza

Mya Amri
23/03/2024
05:25 MYT
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak apabila terkenang mengenai keadaan nasib anak-anak di Palestin.
Siti sewaktu siaran langsung baru-baru ini pada mulanya sedang bercerita mengenai bantuan dan juga baju raya yang diberikan kepada anak-anak Gaza.
Namun dipertengahan jalan, Siti tiba-tiba berasa sebak dan menangis.
“Untuk belikan pakaian buat anak-anak di Rafah untuk menyambut raya nanti dan diberitahu kita dapat bantu beri makan setiap hari.
“Tak boleh kalau cakap pasal Gaza ni memang… Kita dapat bagi makan lebih 10,000 orang, satu keluarga ada dalam empat, lima orang.
“Sedih sebab saya tak sangka Alla beri peluang untuk saya, suami bantu orang orang Gaza. Lebih daripada 10,000 orang yang mana sempat kami bagi.
“Sebab itu saya dan suami akan cuba sedaya upaya, kalau boleh kumpul dana kita kumpul dana secukupnya,” ujarnya sebak.
Siaran langsung itu dimuat naik kembali menerusi hantaran di sebuah akaun bernama @kick_kapoor8989.\
@kick_kapoor8989 Tahniah yang hadir Konsert Siti. Duit itu untuk fakir miskin dan Rakyat G4za.. ??.. #fyp #fypシ #masukberanda @Siti Nurhaliza ♬ Salju Kasih Nya - Siti Nurhaliza
“Alhamdulillah, duit konsert baru-baru ini disalurkan ke tabung bantuan fakir miskin dan Gaza.
“Tahniah yang hadir konsert Siti, duit itu untuk fakir miskin dan rakyat Gaza,” coret akaun tersebut.

BERITA TRENDING: Menjengah 3 Dekad Dalam Industri, Siti Masih Kekal Penyanyi No. 1 Negara

Terdahulu, Siti baru sahaja selesai melangsungkan konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac lalu.
Difahamkan, sebahagian kutipan jualan tiket konsert anjuran Yayasan Nurjiwa iaitu pertubuhan amal diasaskan Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, itu akan disalurkan ke Sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza, Palestin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kematian Al Fateh: Pengasuh Menangis Teresak-Esak Di Kandang Tertuduh

gempak
13/09/2024
04:24 MYT
Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.
Berita

Abang Bas ‘Crush’ Dengan Murid Sekolah Menangis Didakwa

gempak
10/09/2024
04:29 MYT
Pemandu bas yang sebelum ini tular memuat naik rakaman video penumpang bas sekolah sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’ menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Dedah Punca Menangis Di TikTok Live – “Andai Kata Bukan Rezeki Saya…”

gempak
02/09/2024
13:55 MYT
Peserta Syamel Amzah mendedahkan punca dia menangis ketika sesi siaran langsung (Live) di TikTok baru-baru ini.
Terkini

Ibu Maid Hubungi Zaquan Adha, Merayu Bantu Anak Di KL - "Menangislah Air Mata Darah Sekali Pun, Saya Takkan..."

gempak
27/08/2024
08:25 MYT
Suami kepada pelakon Ayu Raudhah, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha mendedahkan ibu kepada salah seorang pembantu rumahnya yang melarikan diri minggu lalu ada menghubunginya baru-baru ini.
Hiburan

Penyanyi Bebe Rexha Menangis Teresak-Esak, Tidak Dibenarkan Menaiki Pesawat Akibat Bercakap Bahasa Albania

gempak
19/08/2024
14:55 MYT
Penyanyi yang popular dengan lagu I Got You, Bebe Rexha gagal menahan diri daripada menangis akibat berdepan diskriminasi ketika di lapangan terbang.