,
Viral

"Tak Sanggup Video Cara Orang Tersayang Meninggal Dunia Ditayang Sana Sini" - Salima Kesal Netizen Sebar Video Bomba Lemas

Amri Hassan
05/10/2018
02:20 MYT
Penyanyi Salima Habibi menyelar tindakan segelintir individu yang bertindak menyebarkan rakaman video anggota bomba yang terkorban dalam misi menyelamat baru-baru ini.
Tegas Salima, perbuatan menyebarkan video berkenaan tidak perlu dan orang ramai perlu menghormati perasaan keluarga mangsa.
"Kalau saya, saya takkan sanggup video cara orang saya sayang meninggal dunia ditayang sana sini.
"Saya tak nampak keperluan video itu disebarkan.
"At least for now, keluarga mangsa masih sangat bersedih. Yang meninggal dunia sudah pergi takkan kembali tapi keluarga mereka hidup.
"Kita doakan mereka tabah dan ditingkatkan darjat atas musibah ini," tulisnya di ruangan Instastories.

??? Al Fatihah... . Sebelum sebar fikir dahulu...

A post shared by Salima (@salimahabibi) on

Memetik laporan Astro Awani, malam Rabu lalu, enam anggota bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Selangor lemas dalam operasi SAR mangsa lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana.
Dalam kejadian itu kesemua anggota terbabit dilaporkan lemas ketika mencari seorang remaja 17 tahun yang dipercayai terjatuh dalam lombong tersebut.
JBPM Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan meskipun bantuan pernafasan kecemasan (CPR) telah dilakukan.
Mereka yang terkorban ialah Mohd Fatah Hashim, 34 tahun; Izatul Akma Wan Ibrahim, 31 tahun; Mazlan Omarbaki, 24 tahun; Yahya Ali, 25 tahun; Adnan Othman, 33 tahun; dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.