VIRAL
Tak Sampai Dua Minggu Rujuk, Siti Jamumall Kena Cerai Lagi - “Aku Orang Kampung Sanggup Dipijak Tapi…”
Baru sahaja dirujuk, usahawan, Siti Jamumall sekali lagi diceraikan oleh suaminya iaitu personaliti media sosial yang dikenali sebagai Aiman Tak Kesah.
Siti Jamumall atau Siti Suriani Wahiddin, 26, bukan sahaja diceraikan dihadapan ahli keluarganya malah momen itu turut disiarkan secara langsung menerusi live TikTok.
“Aku ceraikan Siti dengan talak dua, Siti Suriani Wahiddin aku ceraikan kau dengan talak dua.
“Jumpa dekat mahkamah, aku orang kampung sanggup dipijak tapi sekarang aku tak boleh diam, sekali lagi saksi semua Siti Suriani Wahiddin aku ceraikan kau dengan talak dua,” kata Aiman.
Pada kejadian tersebut, Siti turut ditenangkan oleh ahli keluargannya sebelum live TikTok itu ditamatkan.
Terdahulu, usahawan, Siti Jamumall mengesahkan sudah kembali rujuk bersama dengan bekas suaminya iaitu personaliti media sosial yang dikenali sebagai Aiman Tak Kesah pada 6 Mei lalu.
Sekadar info, Siti dan Aiman berkahwin di Satun Thailand pada awal Jun 2024.
Sebelum ini, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun.
Must-Watch Video