,
Laman Utama

Tak Sabar Tonton On Your Mark, Jom Throwback Tiga Filem Hebat Tempatan Karya Chiu Keng Guan

Azwa Rahman
20/08/2021
10:15 MYT
Chiu Keng Guan merupakan seorang pengarah tersohor dengan karya yang menerapkan unsur perpaduan, kekeluargaan, persahabatan, semangat patriotisme dan dilihat berjaya mewarnai filem dengan emosi, budaya dan keharmonian masyarakat Malaysia.
Karya terbarunya On Your Mark yang begitu cemerlang di negara China akan ditayangkan di Astro First pada 26 Ogos ini.
Sebelum anda menyaksikan filem hebat ini, Gempak senaraikan tiga lagi karya pengarah Chiu Keng Guan untuk anda ‘throwback’ kisah-kisah yang begitu dekat dengan kita sebagai rakyat Malaysia.
1. OlaBola (2016)
Karya Chiu Keng Guan ini mengangkat kisah benar pemain bola sepak negara era 80-an. Filem ini turut berkisarkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia pada 1980.
Ia dibintangi pelakon berkaliber seperti Bront Palarae, dan Frankie Lee serta barisan bakat baharu Luqman Hafidz, Chee Jun Cherng dan Low Sin Mun.
2. The Journey (2014)
Filem dengan jumlah kutipan sebanyak RM17.6 juta ini cukup menepati citarasa rakyat tempatan. Bukan itu sahaja, atas kejayaannya, filem ini turut ditayangkan di Singapura dan Taiwan.
The Journey meraikan nilai-nilai ketaatan kepada ibu-bapa, kasih sayang, perpaduan keluarga, kepelbagaian budaya dan juga pertembungan budaya Timur dan Barat serta ketegangan hubungan ibu bapa dan anak.
Filem ini dibintangi pelakon hebat seperti Ben Andrew Pfeiffer, Frankie Lee, Joanne Yew, William Khok, Chong Nyuk Ling dan ramai lagi.
3. Think Big Big (2018)
Think Big Big mengetengahkan kisah yang begitu dekat dengan masyarakat.
Ia mengisahkan Moon seorang gadis berbadan besar yang mengikuti satu peraduan menurunkan berat badan. Apabila berjaya, dia menjadi ketagih dengan media sosial dan berkongsi segalanya di ruangan itu.
Filem sentuhan Chiu Keng Guan ini dilakonkan oleh pelakon berbakat besar seperti Serene Lim, Vivienne Oon, Ruby Yap, Moon Yoong dan ramai lagi.
4. On Your Mark (2021)
Dengan kejayaan meraih jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RMB148 juta (RM96 juta) di China, akhirnya filem On Your Mark bakal menemui penonton di Malaysia tidak lama lagi.
Filem ini mengisahkan seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari maraton seperti ibunya.
Namun, cita-citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa mengenangkan Xiao Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia.
Sewaktu berlatih secara sembunyi, Xiao Erdong telah terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi kenyataan apabila Xio Erdong disahkan buta.
On Your Mark dibintangi pelakon hebat China seperti Wang Yanhui, Zhang Youhao, Gong Beibi, Zhao Liang, Li Yu, Liu Jinshan dan penampilan istimewa oleh pelakon filem The Last Tycoon, Feng Wenjuan.
Saksikan filem hebat On Your Mark yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 26 Ogos 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Chiu Keng Guan Bakal Hadir Dengan Buah Tangan Baharu Berjudul Ma I Love You, Cari Pelakon Utama Menerusi Ujibakat Terbuka

gempak
06/05/2022
07:50 MYT
Bakal ditayangkan pada tahun hadapan
Laman Utama

“Bermacam Perasaan Bila Tengok Cerita Ni” - Netizen Sayu Lihat Pengorbanan Bapa Dalam Filem On Your Mark

gempak
10/09/2021
09:33 MYT
Dah tonton ke belum?
Laman Utama

“Confirm Banjir Dengan Air Mata” - Soloz Seru Peminatnya Tonton Filem On Your Mark Di Astro First

gempak
05/09/2021
08:53 MYT
Siapa tak tengok lagi, GO!
Laman Utama

“Dibuat Dengan Kemas, Memang Kelebihan Chiu” - Razaisyam Rashid Puji Filem On Your Mark

gempak
03/09/2021
07:47 MYT
Filem yang laris di negeri China.
Hiburan

“Terus Teringat Ayah…” - Filem On Your Mark Sarat Emosi, Buat Netizen Terkenang Bapa Di Kampung

gempak
02/09/2021
08:49 MYT
Bila boleh balik kampung ni...