,
Gaya Hidup

Tak Percaya Publisiti Murahan, MINAZ Elak Guna Selebriti & Influencer Kontroversi! - "Promosi Pakaian Sudahlah, Tak Perlu Tambah Isu Lain"

Amri Hassan
19/03/2024
13:31 MYT
Jenama fesyen dan pakaian wanita serta keluarga, MINAZ berpegang pada prinsip tidak akan bekerjasama dengan selebriti atau pempengaruh yang berkontroversi.

BERITA TRENDING: Lantik Artis & Influencer Jadi Muse, Pija Minaz Tak Berani Ikut Trend Viral - "Hati Saya Ni Mudah Koyak, Tak Tahan…

Jelas Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Hafiza Datuk Abdul Hamid, pihaknya sentiasa peka dengan situasi semasa dan cuba untuk tidak terjebak dengan kontroversi yang boleh mencalarkan jenamanya.
"Saya memang tidak suka artis atau pempengaruh yang berkontroversi jadi model jenama MINAZ. Malah, MINAZ akan cuba sehabis baik untuk mengelak.
"Tetapi kadang kala, tidak boleh dijangka sesuatu isu atau kontroversi itu berlaku, kerana perjanjian hitam putih dipersetujui lebih awal.
"Saya selalu nasihatkan pasukan saya jangan terlalu mahu ikutkan kontroversi seperti yang berlaku baru-baru ini ada jenama ambil kesempatan. Itu adalah tindakan yang tidak bijak.
"Sesebuah jenama itu hanya perlu promosikan pakaian sudahlah, tidak perlu menambah sesuatu isu lain sehingga dikhuatiri akan makan diri mereka semula," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: "Istiqamah Tak Mudah, Setiap Hari Bergelut Dalam Diri" - 2 Tahun Bertudung, Kilafairy Dilamar Jadi Muse MINAZ…

Hafiza ditemui pada acara pertunjukan fesyen koleksi Raya MINAZ ‘Lebaran Kita’ yang diadakan di Anjung Syawal, Festival Ramadan Putrajaya 2024, pada Sabtu.
Pada acara sama, MINAZ turut memperkenalkan koleksi baharu iaitu ‘Abaya Series’ dengan perincian mewah yang diinspirasikan dari budaya timur tengah. Bertambah menarik lagi, koleksi raya tahun ini terbahagi kepada dua iaitu Arab dan Klasik.
Melanjutkan bicara, Hafiza berkata setiap helai pakaian dalam koleksi ini direka dengan teliti oleh Pengarah Fesyen MINAZ, Pija MINAZ & Tim dengan menggabungkan unsur-unsur tradisional serta moden.
"Tema ‘Lebaran Kita’ kali ini mempersembahkan gabungan unik antara seni floral batik dan blossom dalam edisi ‘printed’ yang menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden yang segar.
"Kami berharap koleksi ini tidak hanya memikat hati pelanggan tetap MINAZ, tetapi juga dapat menarik minat pelanggan baru yang mencari pakaian raya yang eksklusif dan istimewa.
"MINAZ juga memberikan penekanan kepada potongan yang longgar dan corak yang melambangkan keanggunan serta kemewahan, sesuai dengan identiti jenama MINAZ yang dikenali dengan rekaan yang elegan.
"Dengan penggunaan material berkualiti tinggi dan rekaan yang teliti, kami sangat berbesar hati memperkenalkan koleksi terbaru kami, ‘Abaya Series’ yang dihasilkan dengan perician mewah, penuh dedikasi dan cinta kepada fesyen inspirasi dari timur tengah.
"Kami yakin koleksi ini akan menjadi pilihan utama para pencinta fesyen yang menghargai nilai tradisi dan keindahan rekaan moden. Kami percaya, tahun ini ‘Lebaran Kita’ lebih sempurna dengan memakai koleksi memukau daripada MINAZ," ujarnya.
Kongsi Hafiza lagi, sempena pertunjukan fesyen di Putrajaya kali ini, MINAZ juga menampilkan ‘MINAZ Friends iaitu kumpulan pempengaruh media sosial bagi memperagakan koleksi Raya MINAZ ‘Lebaran Kita’.
Pada tahun ini juga, MINAZ bekerjasama dengan Perbadanan Putrajaya dan Ingenious Creative Lab Sdn BHD.

PILIHAN PEMBACA: Comelnya Che Ta Dan Aaisyah Pakai Baju Raya Sedondon!

Dalam pada itu, ditanya mengenai harapan MINAZ setelah 14 tahun teguh membina empayar jenama dalam pasaran, Hafiza mengakui, pihaknya sentiasa menanam rasa komited untuk memastikan jenama ini terus kekal relevan dalam industry tekstil dan pakaian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar