,
Laman Utama

Tak Nak Manjakan Diri, Datin Seri Shahida Keluar Bekerja Selepas Seminggu Bersalin! - "Kena Banyak Gerak Supaya Darah Lancar, Bukan Baring Je"

Amri Hassan
17/05/2023
06:41 MYT
Isteri kepada usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida enggan menjadikan pantang sebagai alasan untuk 'manja' dan tidak bekerja.
Jelas Shahida, terdidik sebagai usahawan yang terbiasa bekerja, beliau akui perlu memenuhi komitmen kerjaya untuk keluar rumah selepas seminggu bersalin.
"Sebenarnya daripada anak sulung lagi saya tak nak manjakan diri, apabila orang berniaga ni tak sama dengan orang kerja makan gaji. Kena pemantauan rapi, sama juga kalau kat rumah pun kejap-kejap saya datang office.
"Komitmen makin tinggi, anak makin ramai. Kalau boleh tujuh hari pun masuk office terus," ujarnya.
Biarpun diduga dengan pendarahan ketika dalam tempoh trimester terakhir kehamilan, Shahida bersyukur urusan bersalin anak keenamnya kira-kira sebulan lalu.
"Ketika pendarahan itu disebabkan uri ke bawah, tapi masa nak bersalin uri dah naik ke atas.
"Selepas bersalin, kita sendiri pun rasa badan dah sihat, doktor pun sahkan tiada masalah.
"Kalau ikutkan berpantang yang betul kita kena banyak bergerak supaya perjalanan darah lancar, bukannya kena berbaring saja.
"Bayangkan zaman dahulu berpantang di rumah, anak sendiri jaga kena buat kerja juga. Sihat saja. Bila berpantang saya suka fikir logik.
"Seminggu selepas bersalin saya dah turun ke beberapa acara seperti Starvendors, Absolute Bazaar dan sebagainya. Semua kita turun! Menjadi komitmen saya kena buat ketiga-tiga kemunculan.
"Pukul empat, lima pagi baru balik rumah. Hakikatnya, di rumah saya masih berpantang macam biasa, ada bertungku, lulur dan sebagainya.
"Cumanya saya suka buat kerja. Sama juga kalau tak ke pejabat, kita akan buat macam-macam kerja di rumah," ujarnya.
Untuk rekod, Aliff Syukri dan Nur Shahida dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar