,
Laman Utama

Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin Lagi, Yasmin Hani Tak Kisah Menjanda Sampai Bila-Bila

Syafiqah Jalal
24/04/2022
03:45 MYT
Pelakon Yasmin Hani akui hubungannya dengan pelakon Alif Hadi masih diperingkat awal perkenalan.
Kata Hani, 43, dia tidak mahu terburu-buru dalam perhubungan dan bakal berkongsi berita gembira jika ada perkembangan baik.
“Sebenarnya kami baru berkenalan dan ingin mendalami hati budi masing-masing. Kami berdua boleh dikatakan masih dalam peringkat permulaan.
“Masih terlalu awal untuk kami bercinta. Insya-Allah bila hubungan kami nanti sudah ada hala tujunya, kami akan kongsikan perkara baik ini nanti,” kata Hani kepada Astro Gempak.
Hani ditemui hadir dan memakai pakaian secocok di majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2022 di Nexus, Bangsar South, pada Jumaat.
Bercinta kembali selepas mengumumkan perceraiannya pada Disember tahun lalu, Hani memberitahu sikap sopan Alif, 34, membuatnya terpikat.
“Dia seorang lelaki yang sangat penyabar dan tidak suka memaksa. Malah seorang yang menghormayi orang serta sopan,” beritahunya.
Sementara itu, Alif, 34, pula mengakui tertarik perwatakan Hani yang disifatkan sebagai seorang wanita yang peramah, baik dan manis.
“Saya lihat Hani sebagai seorang wanita peramah, baik dan manis. Sedangkan saya sendiri pendiam orangnya.
“Tapi apa-apa pun, saya masih ingin mengenali dirinya. Hani bukan tidak pernah berkahwin sebelum ini. Jadi biarlah kami mengenali hati budi masing-masing,” ujar Alif.
Bagaimanapun Hani tidak meletakan target bila dia bakal mendirikan rumah tangga kembali kerana yang penting hanya mahu mencari kebahagiaan.
“Seandainya hubungan kami tidak menjadi, tidak mengapa. Jangan gaduh-gaduh. Walaupun saya sudah berumur dan terpaksa menjadi janda sampai bila-bila, yang penting saya gembira,” kata Yasmin.
Terdahulu, hubungan antara Yasmin dan Alif mula hangat diperkatakan selepas masing-masing memuat naik foto bersama-sama dalam Instagram.
Sekadar info, Yasmi pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Sha’arin Mohamed Razali pada 2011 dan bercerai pada Disember tahun lalu.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

gempak
14/09/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin. meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.