gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Netizen Masih Terpegun Doorgift Majlis Kahwin Luna Maya - "Ingatkan Dapat Periuk Nasi, Sekali Coffee Machine!"
HIBURAN
Dakwaan Nampak Kekok Dengan Bella Astillah, Sophia Albarakbah Tak Anggap Kena Sindir - “Saya Okay Sahaja, Waktu Tu Fikir…”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Tiada Penyingkiran! 10 Bintang Bakal Rebut Gelaran Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Pelanggan Masuk Kereta Tak Pakai Seluar, Bau Najis Di Tempat Duduk

Gempak
Gempak
03/08/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Pelanggan Masuk Kereta Tak Pakai Seluar, Bau Najis Di Tempat Duduk
Seorang pemandu e-hailing berdepan situasi luar jangka apabila pelanggannya memasuki kenderaan tanpa memakai seluar sehingga menyebabkan kekotoran pada tempat duduk belakang kereta.
Lebih menjijikkan, penumpang lelaki itu didakwa turut meninggalkan kesan najis pada tempat duduknya, menyebabkan kereta berkenaan dipenuhi dengan bau kurang menyenangkan.
Menerusi perkongsian video TikTok milik @andifitnessjourney, pelanggan warga asing itu didakwa mabuk dan dibawa keluar dari sebuah kelab malam dI Kuala Lumpur oleh salah seorang rakannya.
Ujar pemandu tersebut, dia tidak menyangka bahawa pelanggan yang menaiki keretanya itu tidak memakai seluar.
“Sewaktu pelanggan itu masuk kereta, langsung tidak terlintas di fikiran saya untuk lihat sama ada pelanggan itu memakai seluar atau tidak.
“Saya telah buat lebih 2,000 kerja (e-hailing) tetapi tidak pernah periksa seluar pelanggan.
"Selepas itu, saya baru perasan ada bau tidak menyenangkan dalam kereta dan saya tanya pelanggan tersebut untuk dapatkan kepastian.
“Oleh kerana pelanggan itu masih tidak dapat beri jawapan jelas, saya keluar dari kereta untuk periksa. Rupanya memang betul lelaki itu tidak pakai seluar," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Pemandu berkenaan meminta pelanggan tersebut keluar dari kereta. Rakan kepada pelanggan tersebut turut diminta lap semula kotoran yang ada menggunakan tisu basah.
Mengulas mengenai insiden yang berlaku pada jam 5 pagi itu, pemandu tersebut menganggapnya sebagai cabaran dalam hidup dan tetap terus bekerja seperti biasa.
“Pesanan saya kepada orang ramai terutama penumpang supaya lebih menghormati orang lain. Beri kerjasama jika pemandu telefon atau hubungi anda.
“Sentiasa guna bahasa yang sopan dan jaga kebersihan ketika menaiki pengangkutan e-hailing,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Najis
#Pelanggan
#Seluar
#Busuk
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement