Hiburan
Tak Mahu Jadi 'Hantu' Lagi, Maya Karin Anggap Watak Seram Tak Sesuai Dengan Umurnya - "Bukan Memilih Tapi ...
Terkenal dengan seram menerusi lakonannya dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam, Maya Karin memberitahu, dia kini seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada menerima watak sama.
Mencecah usianya 50 tahun, watak seram atau hantu dianggap kurang sesuai untuk dirinya.
BERITA BERKAITAN:“Kalau Lapar Hanya Minum Susu, Makan Epal & Sebiji Telur” - Sweet Qismina Kurus Bukan Sebab Bariatrik Tapi Amalkan Liquid Diet
BERITA BERKAITAN: Terperangkap cinta 'Love Scam' Dua Wanita Warga Emas Rugi Lebih RM2 Juta Terpedaya Kekasih Maya
"Saya bukan mahu memilih watak, tetapi secara peribadi saya memang cuba mengelak watak-watak hantu atau seram.
"Kurang sesuai dengan usia kita dan kalau boleh biarlah watak itu sesuai dengan umur saya sekarang," jelasnya kepada Gempak.Bagaimanapun kata Maya, dia mungkin akan menerima watak berkenaan jika tiada pilihan.
"Kalau tiada cara lain, memang tak boleh buat apa. Saya akan anggap ianya sebagai satu tugasan atau tanggungjawab sebagai seorang pelakon.
"Tetapi jika diberi pilihan memang saya tidak mahu lagi bawa watak itu. Cukuplah saya rasa sebelum ini," tambah Maya.Jika dahulu, akui Maya, watak seram diterima untuk membuktikan versatiliti lakonannya di usia muda.
"Zaman kita lewat 30-an sudah pasti target saya mahu keluar dari stereotaip sebagai pelakon yang hanya memegang watak cantik.
"Jadi waktu itu saya perlu mencabar diri saya sendiri dengan watak-watak seram.
"Tetapi untuk usia saya sekarang ini, saya ada sebab mengapa sebolehnya saya perlu elak," katanya.
Maya Karin sebelum ini pernah melakonkan watak seram menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam arahan Datin Paduka Suhaimi Baba pada tahun 2004 dan diteruskan sekuel Pontianak Harum Sundal Malam 2 pada 2005.
Must-Watch Video