,
Gaya Hidup

“Tak Lupa Daratan, IC Saya ‘03’ Kot” – Tiada Slang British, Ini Komen Padu Athisha Khan

Azwa Rahman
09/05/2019
09:18 MYT
Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Athisha Khan lebih selesa bertutur dalam bahasa Melayu dialek Kelantan.
Mengulas perkara itu menerusi video tutorial solekan terbarunya di YouTube, remaja berusia 21 tahun itu hanya pandai bercakap dalam dialek Kelantan kerana tidak tahu wujudnya bahasa lain semasa kecilnya.
"I hanya pandai cakap bahasa Kelantan sahaja masa mula-mula pindah ke KL. I langsung tak pandai cakap bahasa Inggeris.
"Masa mula sekolah, I cakap bahasa Kelantan dengan semua orang. Lama-lama I mula belajar cakap bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. I belajar bahasa Inggeris menerusi kelas tuisyen di Bangsar. Sha pandai baca sebab cikgu tuisyen tu lah”, ujarnya lagi.
Kini sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang undang-undang dengan perniagaan di University of Birmingham, United Kingdom, Athisha akui dia lebih selesa berbahasa Inggeris.
Mempunyai saluran YouTube sendiri, Athisha Khan, ramai yang memuji kemampuan Athisha bercakap bahasa ibundanya.
Tapi dalam pujian, ada juga netizen yang menyatakan dia tidak mempunyai aksen meskipun menetap di London.
“Memanglah, I Melayu. Tak kan I datang setahun dah jadi British. IC I ‘03’ kot, I tak lupa daratan, I bukan kacang lupakan kulit”, jelasnya lagi.
Video toturial solekan Athisha itu sehingga kini telah mendapat hampir 150,000 tontonan.
Athisha Khan merupakan anak ketujuh dari sembilan adik-beradik. Dia kini mempunyai 101,000 pengikut di Youtube dan 280,000 pengikut di Instagram.
Sumber foto: Instagram @athishakhan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor

gempak
02/09/2024
10:05 MYT
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor iaitu Neelofa merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Hiburan

Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"

gempak
26/08/2024
21:55 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.
Hiburan

PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”

gempak
20/08/2024
03:55 MYT
Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail berkongsi pandangannya mengenai perkongsian seseorang itu di laman sosial menerusi platform Thread miliknya.
Hiburan

PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

gempak
09/08/2024
06:55 MYT
Suami kepada selebriti Neelofa iaitu PU Riz atau Ustaz Haris Ismail menitipkan pesanan untuk golongan lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Neelofa & Izara Aisyah - “I Adore Both Women So Much In Many Ways”

gempak
22/07/2024
12:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi momen pertama kali dia bertemu dengan selebriti dan usahawan Neelofa serta aktres Izara Aisyah.