gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Kerap Dipukul Sebulan Nikah, Isteri Penggal Kepala Suami Buang Di Sungai
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Kurang Menyengat! Darling, Scha Nuril, Melinda Dadew & Max Brandon ‘Fall’ Di Minggu Suku Akhir
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Gitar Beri Didie Shazry Lebih ‘Aura’ - “Audi Pun Pernah Cakap…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Ramai Gembira Semua MRSM Cuti Hari Ni!

Gempak
Gempak
27/07/2025
15:19 MYT
Sponsor Banner
Ramai Gembira Semua MRSM Cuti Hari Ni!
Semua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara diisytiharkan cuti pada esok (28 Julai 2025) sebagai tanda penghargaan atas kejayaan MRSM Balik Pulau menjuarai Kejohanan Super Schools Rugby 2025.
Perkara itu diumumkan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di media sosialnya malam ini bagi meraikan pencapaian cemerlang pasukan ragbi itu yang mengharumkan nama MRSM.
"Semua MRSM di seluruh negara diisytiharkan cuti esok (28 Julai 2025) bersempena dengan kejayaan MRSM Balik Pulau menjuarai Kejohanan Super Schools Rugby 2025.
"Tahniah MRSM BP Cougars," katanya.
Cougars BP mencipta sejarah apabila muncul pasukan MRSM pertama bergelar juara Kejohanan Super Schools Rugby apabila menewaskan Victoria Institution (VI) 14-13 dalam aksi final di Taman Ekuestrian Putrajaya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi perkongsian di Facebook turut mengucapkan tahniah atas kejayaan bergaya berkenaan.
"Lebih manis lagi, kemenangan itu hadir selepas menewaskan pasukan hebat Victoria Institution dalam perlawanan akhir yang cukup sengit sebentar tadi.
"Selepas 10 tahun menyertai kejohanan ini, akhirnya Cougars berjaya membawa pulang kejuaraan dalam saingan berprestij itu. Syabas MRSM Balik Pulau terus harumkan nama sekolah dan institusi MARA!," katanya.
Topic Berkaitan
#sekolah
#Ragbi
#Cuti
#MRSM
#Cougars
#Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement