,
Laman Utama

“Tak Kuat Nak Tengok, Muka Dia Pun Sedih” - Beg Spiderman Kanak-Kanak Dipegang ‘Akak Polis’ Undang Sebak Netizen

Mya Amri
25/12/2022
01:17 MYT
Sebuah beg galas Spiderman kanak-kanak yang dipegang oleh seorang anggota polis wanita sewaktu misi pencarian mangsa terakhir tradedi tanah runtuh di Batang Kali mengundang rasa sebak netizen.
Foto tular tersebut merakamkan anggota polis wanita berkenaan memeluk beg kanak-kanak itu dengan erat dan wajahnya juga kelihatan sugul seolah-olah menahan sebak di tempat kejadian.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya mengatakan bahawa beg itu bertujuan untuk membantu anjing unit pengesan (K9) dalam operasi mengesan mangsa terakhir tanah runtuh.
“Bag tu ada bau mangsa... Akan bagu dekat unit K9. Mungkin bag tu di pass waris mangsa. Ambil dekat rumah,”
“Itu beg mangsa… Kalau anjing K9 hidu beg tu akan kesan bau si mangsa... Itu tujuannya,” jelas beberapa netizen.
Namun netizen juga tidak dapat menyembunyikan rasa hiba dan sayu melihat wajah anggota polis wanita itu yang disifatkan sebagai seorang yang kuat dari segi mental demi melaksanakan tugasnya.
“Kerja macam ni saya angkat bendera putih... Saya takut saya tak kuat dari segi mental dan emosi. Saya tabik kepada insan yang bekerja beruniform, anda memang kuat,”
“Ya Allah sedihnya muka akak polis tu pun sayu je,”
“Kalau aku dekat tempat akak polis tuu hmmm… Mahu bengkak mataa nangis, dah la hati bukan setakat tisu. Cepat touching kalau bab-bab macam ni,”
“Kuat kakak polis ni pegang bag tu… Kalau aku entahlah dah stress giler… Tak semudah tu kerja mereka...”
Dalam perkembangan terbaharu, penantian selama sembilan hari berakhir apabila mangsa terakhir iaitu seorang kanak-kanak lelaki berjaya dijumpai oleh pasukan penyelamat di lokasi bencana tanah runtuh Tapak Perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor, petang tadi.
Mangsa ke-31 itu yang merupakan mangsa terakhir dijumpai dan dibawa keluar sekitar jam 5 petang oleh pasukan SAR.
Tragedi runtuhan tanah yang telah meragut puluhan nyawa berlaku pada 16 Disember lalu berjaya dinoktahkan pada hari ini apabila mangsa terakhir dibawa keluar dan seterusnya ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk tindakan selanjutnya.
Ikuti perkembangan sepenuhnya dalam hantaran Facebook rasmi milik Polis Diraja Malaysia di bawah:
Kredit foto: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Banyak Spekulasi Tidak Benar, Kami Serbu 5 Pagi - Polis Thailand

gempak
09/11/2024
18:55 MYT
Polis Sungai Golok mendakwa banyak spekulasi yang tidak benar berhubung tangkapan enam suspek rakyat Malaysia di sebuah hotel, Sungai Golok, Thailand baru-baru ini.
Hiburan

Jefri Nichol Mengaku Tiduri 20 Wanita, Netizen: “Itu Prestasi? Subhanallah…”

gempak
08/11/2024
21:55 MYT
Pengakuan Jefri Nichol mengenai dirinya pernah tidur dengan wanita-wanita yang menjadi kekasihnya menerima kecaman dalam kalangan netizen.
Viral

Tidak Pernah Berlaku, Salji Turun Di Wilayah Al-Jawt Arab Saudi

gempak
08/11/2024
20:45 MYT
Arab Saudi dikenali sebagai negara dengan iklim gurun panas atau gersang.
Berita

Ibu Hantar Anak Degil, Suka Melawan Ke Balai Polis

gempak
08/11/2024
18:55 MYT
Media tempatan melaporkan, Satrio Tomayahu,19, dihantar oleh ibunya Nunlawati Beu,42, ke balai polis Dungingi, Kabubaten Gorontola bagi memberi pengajaran kepada anaknya itu baru-baru ini.
Hiburan

"Faham Semua Orang Tengah Marah Sangat" - Watak Penyondol Menjadi, Mimi Lana Mohon Jangan Doa Buruk

gempak
08/11/2024
16:55 MYT
Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana memohon orang ramai agar tidak mendoakan keburukan ke atas dirinya hanya disebabkan geram dengan watak penyondol bernama Intan dalam drama popular Andai Tiada Dia.
Unitar