Hiburan

"Tak Kisah Apa Orang Cakap, Saya Akan Sentiasa Berada Di Sisi" - Isteri Along Cham

gempak
Umirah Halim
25/12/2024
09:54 MYT
Sponsor Banner
"Tak Kisah Apa Orang Cakap, Saya Akan Sentiasa Berada Di Sisi" - Isteri Along Cham
Isteri kepada pelakon komedi, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi berkongsi posting menyentuh perasaan berkaitan suaminya.

Sentiasa berada di sisi

Menerusi hantaran di Instagram, Afreena atau mesra disapa sebagai Feena menyatakan bahawa dia tidak endah akan kata-kata negatif netizen yang dilemparkan kepada suaminya dan akan sentiasa berada di sisi Along meskipun dilanda ujian.

“Muhammad Nizamudin bin Ahmad (Along). Tak kisah apa orang cakap tentang kamu, tolonglah tahu bahawa saya akan sentiasa berada di sisi dan berjuang demi kamu, menunggu dan tak akan meninggalkan kamu walau sesaat.

“Kamu adalah dunia saya, saya tahu ini berat, dan sangat sakit untuk berhadapan dengan ujian ini, tapi saya percaya Allah akan menghujani kita dengan pelbagai perkara yang lebih baik,” tulisnya
Pada Jumaat lalu, Along Cham dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas dua pertuduhan memilik dadah jenis Kanabis.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah Terlalu Penat, Isteri Along Cham Anggap Allah Beri Ujian Terbesar - “Saya Janji Pada Awak, Kita Akan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan Kes Along Cham Telus, Ikut Peruntukan Undang-Undang - Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Rayuan Along Cham Ditolak, Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dadah Jenis Kanabis

Along Cham selaku tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan itu dibacakan.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa ada dalam milikannya, bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram di kediamannya di Cyberjaya pada 14 Disember lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39A (2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin sementara tertuduh diwakili peguam, Mohd Fadly Hashim.
Hakim tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024