Laman Utama
Tak Kekok Dukung Anak & Siap Sedondon Satu Keluarga, Shuib Bawa Watie Beraya Bersama Keluarga
Pelawak Shuib Sepahtu meraikan kemeriahan Syawal pertama semalam dengan membawa bakal isterinya, Watie Hanifiah bertemu keluarga buat kali pertama.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Mohamad, 39, menerusi hantaran gambar di Instagram berkongsi gambar bersama Watie dan keluarga sedondon berbaju warna peach.
"Bismillah... Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023," tulisnya dalam kapsyen.
Dalam gambar itu, Watie juga dilihat tidak kekok mendukung anak bongsu Shuib, Ayash Affan, 2, serta mesra bersama tiga lagi cahaya matanya iaitu Uwais Alqarni, 11; Dzahira Talita Zahra, 9; dan Ariq Matin, 7, tergambar gembira.
Turut bersama Ibu Shuib iaitu Salamiah Jalani yang kelihatan bahagia dan gembira apabila bergambar bersama bakal menantu baharunya itu
Semakan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen termasuk rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada Shuib dan Watie serta mendoakan kebahagiaan mereka.
"Anak-anak suka tu ok lah, diorang masih memerlukan sosok seorang ibu," komen seorang netizen.
"Wuhhh rasmi...sedondon sudah. Selamat pengantin baru in advance, finally Shuib find his happiness," tulis seorang pengikutnya.
"Manisnya Watie," tulis ringkas seorang wargamaya yang turut gembira dengan perkongsian dibuat Shuib itu.
Sebelum ini, Shuib mengumumkan dia bercadang bernikah dengan wanita pilihannya, Watie juga seorang usahawan berjaya pada Jun depan.
Istero Shuib, Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 lalu.
Must-Watch Video