,
Laman Utama

Tak Dapat Rentas Negeri, Seorang Lelaki Pakai Kostum Spider Man Sampaikan Salam Raya Buat Keluarga

Awani
13/05/2021
03:47 MYT
Aidilfitri pada tahun ini sekali lagi menyaksikan anak rantau tidak dapat pulang ke pangkuan keluarga di kampung masing masing untuk merayakan Lebaran.
Demi melepaskan rindu dan menyatakan rasa kasih terhadap keluarga yang berada jauh di Perak seorang lelaki mencuri tumpuan pengguna jalan raya di Kota Kinabalu, Sabah.
Tindakan itu dilakukan lelaki sebagai Man Hasry selepas tidak dapat pulang berhari raya ke kampung.
Dia mengenakan kostum adiwira 'Spider-Man' dengan nota khas berbunyi 'mak dan abah, maaf tidak dapat balik raya. Tidak lepas rentas negeri'.
Menurut Man, nota itu ditujukan khas buat kedua orang tuanya yang kini berada di Manjung, Perak.
"Saya mendapat idea ini beberapa hari lepas. Saya beritahu isteri saya yang saya ingin sampaikan mesej buat keluarga di Semenanjung.
"Lagipun keluarga tak sihat. Jadi, saya fikirkan (satu cara) untuk menyampaikan mesej buat keluarga agar mereka gembira," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Tambah Man, dia dan isteri sudah menetap di Sabah lebih 10 tahun.
Dia berharap, gelagat serta kostum yang dikenakan itu akan dapat menyampaikan mesej yang menggembirakan keluarganya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.
"Buat keluarga saya yang berada di Semenanjung, yang berada di Seri Manjung, Perak. Ibu saya, Hasnah Ali dan bapa saya Osman Saidi, saya minta maaf kerana tidak dapat pulang beraya tahun ini kerana tidak dapat merentas negeri.
"Kita ikut sahaja arahan kerajaan. Tidak mengapa, tahun ini, kita beraya dengan cara panggilan video sahaja. Untuk kali kedua. Tiada masalah. Cuma tidak dapat berkongsi makanan dalam kamera sahaja," luahnya.
Sementara itu, orang ramai yang terserempak dengannya di sekitar Kota Kinabalu memberi respons yang positif terhadapnya, malah ada yang turut meminta untuk bergambar bersamanya.
Man pada masa sama turut menyeru orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan agar penularan COVID-19 dapat dibendung dan keadaan kembali seperti sedia kala.
Kredit Foto: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Datuk Latif Romly Bawa Pulang Pingat Perak

gempak
08/09/2024
00:02 MYT
Hasrat untuk melihat atlet olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly untuk terus 'terbang tinggi' mempertahankan pingat emas dalam saingan lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak kesampaian apabila dia hanya memperoleh perak sebentar tadi.
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.
Hiburan

"Saya Dengar Bunyi Gamelan" - Ratu Cantik 'Diusik' Kejadian Mistik Masuk Gua, Tetap Takjub Dengan Keindahan Malaysia!

gempak
27/08/2024
02:30 MYT
Ratu Cantik dan pengacara, Vivienna Alfred, 27, menyahut cabaran merasai cabaran menyusuri kegelapan, laluan berbahaya, dan keletihan menerusi rancangan Caves & Cavern.