,
Laman Utama

Tak Dapat Balik Kampung? Jangan Berduka, Astro Himpun Lebih 270 Program Istimewa Sepanjang Syawal!

Hanafis Haris
28/04/2021
05:18 MYT

Kebarangkalian untuk orang ramai pulang ke kampung tahun ini mungkin agak tipis, namun itu bukanlah bermaksud kita semua perlu bersedih dan mengeluh nasib.

Berita baik buat pelanggan Astro, raya tahun ini dijangka lebih meriah apabila pelbagai program, rancangan, drama serta filem bakal ‘disajikan’ ketika lebaran.

Menurut Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro Azlin Reza Azmi,tema ‘Buka Lembaran Baharu’ telah dipilih khas untuk menerajui Kempen Ramadan Raya Astro 2021.

“Elemen tersebut membawa pengertian yang sungguh bermakna dalam menyuntik inspirasi sekali gus mengangkat semula semangat rakyat Malaysia yang pastinya terkesan akibat pandemik.

“Pengisian Syawal tahun ini bakal disemarakkan dengan himpunan lebih 270 program-program hebat di semua rangkaian platform Astro termasuklah televisyen, radio dan digital.

“Sebanyak 229 buah rancangan televisyen baharu pelbagai genre bakal disajikan di saluran- saluran Melayu Astro.

“Manakala stesen-stesen yang bernaung di bawah Astro Radio juga akan memperluaskan lagi penyampaian mesej ‘Buka Lembaran Baharu’ menerusi segmen yang dikeudarakan,” katanya.

Jelasnya, platform digital seperti Gempak, Ria X, Rojak Daily dan SYOK juga turut tidak ketinggalan memperbanyakkan pengisian yang seiringan dengan kempen ini di platform digital.

“Bagi peminat karya premium, filem-filem terbaharu turut dibawakan terus ke pawagam rumah anda menerusi platform Astro First dan Astro Best untuk dilanggan. Rocketfuel Entertainment juga hadir dengan buah tangan terbaharu menerusi dua buah lagu raya pada tahun ini,” katanya.

Berikut merupakan kandungan televisyen menarik sepanjang Syawal ini.

  • 1. Hiburan tanpa henti pada malam raya turut menghidangkan program menarik seperti filem ‘Syif Malam Raya’ di Astro Ria, ‘Sepahtu Reunion Al Raya’, ‘Punchline DAC Malam Raya’ dan ‘Perang Prank’ menerusi Astro Warna serta banyak lagi.
  • 2. Pada tahun ini, program istimewa ‘MegaRaya Ria’ yang menawarkan pelbagai ganjaran menarik untuk dimenangi bakal disiarkan menerusi lima buah episod khas SECARA LANGSUNG & lima buah episod rakaman secara berturut-turut bermula pada malam raya yang dijangka jatuh pada 12 Mei 2021. Program eksklusif ini juga bakal dihoskan oleh Dato’ AC Mizal, Sherry AlHadad serta personaliti ERA iaitu Danial Zaini dan Radin Amir.
  • 3. Istimewa buat para peminat program ‘signature’ yang berkonsepkan pertandingan realiti, buat julung kalinya program ‘All Together Now Malaysia’ yang menampilkan Sherry Al Hadad sebagai hos bakal diperkenalkan di saluran Astro Ria mulai 6 Jun 2021. Uniknya, program yang diketuai oleh Dato’ AC Mizal selaku Kapten ini turut menampilkan barisan 50 selebriti popular tanah air sebagai juri tetap. Manakala pertandingan nyanyian ‘Popstar 2021’ terbitan Astro Ceria turut kembali dengan musim terbaharu mulai 26 Mei 2021.
  • 4. Para penonton juga akan disajikan dengan pelbagai program hiburan berunsur komedi sepanjang musim perayaan ini menerusi saluran Astro Warna HD seperti ‘Sepahtu Reunion Raya Muzikal’, ‘Kampung Lawak Superstar’, Sitcom ‘Annyeonghaseyo Cikgu Maryam’, ‘Betul Ke Bohong Kuasa Dua’; yang menampilkan Sherry Al Hadad sebagai hos serta Michael Ang & Azwan Ali sebagai Kapten, ‘Gelak Gempak Selebriti’; yang mencabar selebriti tanahair membuat ‘standup’ komedi, ‘Raja Goreng Sampai Hangit’; membariskan Dato’ Awie & Ropie sebagai Mastermind & Hos, ‘Perang Prank’ dan banyak lagi. Selain itu, musim terbaharu ‘Sepahtu Reunion LIVE 2021’ serta ‘Rumah 107 Musim 2’ juga bakal menemui penonton tidak lama lagi.
  • 5. Koleksi filem-filem terlaris tempatan dan luar negara daripada yang terkini hingga ke retro turut menemani penonton di kesemua rangkaian saluran Astro sepanjang Aidilfitri ini seperti ‘Syif Malam Raya’, ‘Mael Totey’, ‘Manap Karaoke’, ‘Keluarga Iskandar The Movie’, ‘Jebat’, ‘Kala Malam Bulan Mengambang’, ‘Sembilu 1 & 2’, ‘Maria Mariana 1 & 2’, ‘Lela Manja’, ‘Batu Belah Batu Bertangkup’ dan ‘Si Tanggang’. Selain dari filem-filem tempatan, Astro Citra turut menyajikan penonton dengan seleksi filem Bollywood dari pelakon ternama Salman Khan dan Aamir Khan seperti ‘Karan Arjun’, ‘Dil’, ‘Mann’, ‘Hum Saath Saath Hain’, ‘Wanted’ dan ‘Hello Brother’ serta banyak lagi.
  • 6. Peminat drama bersiri Melayu pula akan terus dihiburkan dengan barisan drama berkualiti tinggi seperti ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ yang bakal tiba ke penghujungnya menerusi episod dua minggu terakhir di slot Megadrama. Sebuah lagi drama adaptasi novel terbaharu lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad berjudul ‘Love, Elsa’ bakal menghiasi slot tersebut. Selain itu, drama ‘Mis Tres Hermanas’ versi Malaysia iaitu ‘Hati Yang Dikhianati’ menerusi slot Tiara juga akan diteruskan sepanjang musim lebaran.
  • 7. Tidak terhenti di situ, pelbagai program berbentuk ‘variety’, hiburan, muzikal dan ‘spin- off’ program realiti terbitan Astro bakal disajikan sepanjang Syawal termasuklah program istimewa ‘Gegar Vaganza Raya’, ‘Konsert Dominasi BBNU Raya’, ‘MeleTop Raya’, ‘Muzikal Lawak Superstar Raya’, ‘The Masked Singer Malaysia Reunion’, ‘Pung Pang Rizalman Edisi Raya’, ‘Konsert Retro Aidilfitri’, ‘Raya Bersama’, ‘Kak Kek & Abe Mmasok’, ‘Jejak Ebit Lew Raya’ dan sebagainya.
  • 8. Pelbagai telefilem eksklusif yang menampilkan nama-nama popular tanah air seperti Zizan Razak, Kamal Adli, Uqasha Senrose, Han Byul, Hun Haqeem, Cik Bee, Chubb-E, Kumpulan Dolla, Hisyam Hamid & ramai lagi turut disajikan antaranya seperti ‘Puaka hari Raya’, 'Perfect Raya', 'Perkahwinan Dari...', 'Jay-Jie X Cik B-Yonchey,' 'Rumah Horey Horey', 'Dolla’, ‘Tanah Kubur Peneman’ dan ‘Pemuja Kubur’.
  • 9. Saluran Astro Prima turut membariskan koleksi telefilem malar segar sebagai tribute kepada Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin dan Fauziah Nawi seperti ‘Esok Masih Ada’, ‘Menanti Hari Esok’, ‘Tiada Esok Bagimu’, ‘Kembalikan Syawalku’, ‘Terputus Sebuah Doa’ dan sebagainya. Atas permintaan yang tinggi, koleksi popular throwback turut disajikan antaranya seperti ‘Quran Buruk’, ‘Tasbih Putih’, ‘Kad Raya Bawah Kolong’, ‘Pondok Buruk 1 & 2’, ’Kereta Sorong Nenek’, ‘Pondok Plastik Tepi Kubur’ dan banyak lagi.
  • 10. Program istimewa animasi dan kanak-kanak juga turut disajikan sepanjang Syawal menerusi saluran Astro Ceria (611) seperti koleksi siri animasi iaitu ‘Kisah Omar & Hana 2’, ‘Nussa Musim 3 & 4’, ‘Ismi Solehah’, ‘SMK Raya Dekat Jauh’, ‘Raya Kolumpo’ serta program selingan Upin & Ipin ‘Lepak @ Les Copaque’ di Astro Prima (105).
  • 11. Pakej Indo Pek menerusi saluran Astro Rania (112) dn Astro Aura (113) tidak ketinggalan dalam membariskan program-program menarik termasuklah sinetron dan program realiti terhangat dari seberang sepanjang Syawal. Antaranya termasuklah ‘Mudik Lebaran Terakhir Untuk Ibu’, ‘Konser Rhoma Irama Lebaran Part 1 & Part 2’, ‘Kudapatkan Berkah Di Hari Raya’, ‘Senyummu Surgaku’, ‘Drama Musikal Gerimis Melanda Hati’, ‘Drama Musikal Jodoh Di Tangan Allah’ dan banyak lagi.
  • 12. Rangkaian saluran antarabangsa seperti HBO, AXN, Fox Movies, AFN, BOO dan Food Network turut menyajikan pelbagai program hebat termasuklah filem-filem seperti ‘Scoob!’, ‘My Spy’, ‘How To Train Your Dragon’, ‘Jailangkung 1 & 2’, ‘Rogue Warfare: Death of A Nation’, ‘Let Them All Talk’ serta banyak lagi. Khas untuk penggemar siri masakan pula bakal dihiburkan dengan program ‘MasterChef Australia S9’, ‘Kitchen Crash S1’ dan ‘Anna’s Occasions’.
  • 13. Istimewa untuk peminat sukan bola sepak, Astro Arena bakal menyajikan dua buah program edisi khas raya untuk tontonan semua. Program ‘Berbulu Dengan Burn Berhari Raya’ yang dihoskan oleh Burn akan ditayangkan pada hari raya pertama 13 Mei 2021, jam 9.00 malam. Manakala program ‘Hari Raya Borak Borak Botak’ yang dihoskan oleh Nafis atau lebih dikenali sebagai Abang Botak pula akan disiarkan pada hari raya kedua 14 Mei 2021, jam 9.00 malam. Menariknya, kedua-dua buah program ini juga akan turut disiarkan menerusi platform media sosial Facebook dan YouTube kendalian Astro Arena.

KANDUNGAN ASTRO FIRST & ASTRO BEST SEPANJANG SYAWAL 2021

  • 1. Astro Shaw membawakan dua buah filem baharu secara eksklusif ke platform pawagam rumah anda, Astro First di Saluran 480 sempena sambutan Aidilfitri. Filem ‘Dekatnya Cinta’ yang merupakan kesinambungan kisah cinta dalam drama bersiri popular ‘Adam & Hawa’ lakonan Datuk Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Farah Nabila serta ramai lagi boleh mula dilanggan pada 13 Mei 2021. Manakala filem muzikal komedi ‘Kampong Pisang Istimewa Musikal Raya’ arahan sutradara prolifik, Mamat Khalid pula akan menemui penonton di platform yang sama mulai 27 Mei 2021.
  • 2. Manakala, Sabda Kekasih, sebuah filem yang mengangkat nuansa kejujuran perhubungan dengan mendahulukan syariat cinta kepada Ilahi. Filem yang dilakonkan oleh Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Sharifah Husna, Sabri Yunus dan Fauziah Nawi ini bakal ditayangkan pada 3 Jun 2021.
  • 3. Koleksi antarabangsa menerusi Astro Best di Saluran 481 pula turut membariskan dua buah filem terbaharu berjudul ‘Dinotrux Supercharged’ mulai 1 Mei 2021 dan ‘Godzilla vs Kong’ mulai 5 Mei 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.