VIRAL
"Tak Cukup Cantik, Famous, Putih ..." - Influencer Yusrina Shan Dedah Realiti 'Gelap' Dunia Content Creator, Dibuli & Didiskriminasi
Personaliti media sosial, Yusrina Shan, mencuri perhatian warganet selepas memuat naik satu video reflektif di Instagram yang menyentuh isu diskriminasi dan pengasingan dalam industri pencipta kandungan (content creator).
Dalam video yang memperlihatkan Yusrina sedang menikmati makanan sambil bersolek secara santai, mesej sebenar yang disampaikan di layar mengangkat isu yang jauh lebih mendalam.
"POV: you thought the exclusion & bullying ends in high school, but you're now a content creator and suddenly you're ostracized again (by other creators) because you're not pretty enough, not famous enough, and your skin is not fair enough," tulisnya.

Menurut Yusrina, walaupun ramai beranggapan dunia pencipta kandungan moden adalah ruang inklusif, realitinya tidak semudah itu.
“It’s a tiny bit difficult being in this industry when you have unresolved childhood trauma," tulisnya pada kapsyen video.
Luahan tersebut telah mengundang respons empati daripada para pengikutnya yang bersetuju dengan tekanan tak terlihat yang sering dialami oleh pencipta kandungan wanita, khususnya yang tidak menepati ‘standard kecantikan’ yang dibentuk industri dan masyarakat.
Ruang komen dibanjiri sokongan, antaranya:
“You're pretty and gorgeous! Keep on slaying!”
“Kalau dia nak fair skin, baik berkawan dengan bihun…”
"Girl, you're gorgeous"
"Why fit in if you can stand out"
Must-Watch Video