,
Laman Utama

“Tak Boleh Tengok Dan Cakap Untuk 5 Jam, Lubang Hidung Je Ada Ruang Bernafas” - Ramona Zamzam

Mya Amri
11/05/2021
08:45 MYT
Pelakon Ramona Zamzam akui penat membawakan watak yang hampir sama dalam kebanyakan lakonannya.
Ramona berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.
“Sebenarnya Ramona penat, penat bawak watak cantik, penat bawak watak orang kaya, penat bawak watak city girl, penat bawak watak penggoda dan sekian-sekian lah. I mean not all the time, but most of the time,” tulisnya.
Bagaimanapun, kata Ramona dia berasa teruja kerana berjaya membawakan watak yang agak berlainan seperti sebelum ini.
“Ini adalah sebahagian babak dari Ibu Belum Mati lepas watak Munah dah mati, berlakon pakai teknik solekan khas boleh jadi amat memenatkan.
“Muka Ramona ditutup dengan latex ini - tak boleh tengok dan bercakap untuk lima jam. Hanya lubang hidung saja yang ada ruang untuk bernafas.
“Selain itu, waktu tukar shot orang tolong pimpinkan dan baring, tunggulah sampai kena masuk set balik,” coretnya.
Walaupun berdepan dengan cabaran sewaktu melakonkan watak sebagai Maimunah namun kata Ramona, dia amat menyukainya.
“Walaupun agak memenatkan, saya jatuh cinta dengan Maimunah, seorang ibu tunggal yang hidup susah dengan anaknya Saiful.
“Agak meruntun jiwa untuk bawa watak ni sebab saya akan jadi lebih beremosi bab-bab anak mati mak ni,” kongsinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ramona, Shuhada Kongsi Foto & Video Shakilla Khoriri Berbaju Pengantin! Netizen Pula Ucap Tahniah...

gempak
24/02/2024
07:13 MYT
Pelakon Ramona Zamzam berkongsi sekeping foto memaparkan rakan baiknya yang juga pelakon Shakilla Khoriri anggun berbaju serba putih, mirip pengantin.
Laman Utama

Mesin Kopi Tiba-Tiba Meletup, Ramona Zamzam Stres Seluruh Dapur Jadi Kotor; “Kesian pak Arab itu layan bini membebel”

gempak
14/09/2022
08:25 MYT
Ramona stres tiba-tiba mesin kopi meletup.
Masked Singer 2

TMSM2: “Buat-Buat Tak Tahu? Maaf Tapi Kami Memang Clueless” - Ramona Zamzam Jelas Situasi Juri

gempak
17/02/2022
05:30 MYT
Memang juri pun tak tahu siapa dalam kostum tu guys.
Laman Utama

Dituduh Pro-Zionis Kerana Tak Share Fasal Palestin Di Instagram, Ramona Zamzam; "Gilakah? Saya Berkahwin Dengan Orang Palestin!"

gempak
20/05/2021
05:20 MYT
Tergamak cakap Ramona Zamzam macam tu?
Laman Utama

"Tipulah Kata Dia Tak Nak" - Ramona Zamzam Dedah Takut Sakit Lakukan Hubungan Seks Dengan Suami Selepas Bersalin

gempak
10/03/2021
06:25 MYT
Inikah definisi mati putik?