,
Laman Utama

“Tak Boleh Lawan Nisa Ai” - Komen ‘Annoying’ Undang Tanda Tanya Di TikTok, Ini Penjelasan Tuan Badan

Muhammad Firdaus
20/11/2023
08:55 MYT
Pengguna aplikasi TikTok mesti pernah ternampak komen tentang “Tak boleh lawan Nisa Ai” yang membanjiri ruangan komen majoriti video yang dimuat naik di media sosial itu.
Komen tersebut mengundang tanda tanya pengguna tentang siapa individu yang bergelar ‘Nisa Ai’, dan ada juga segelintir netizen yang berasa kurang senang dengan trend tersebut.
Susulan penularan komen berikut, tuan badan sendiri menerangkan perkara itu bermula selepas dia memuat naik satu tarian dengan lagu latar Thailand. Trend itu diikuti oleh seorang individu lain, namun dibandingkan dengan peminat Nisa dengan komen “Tak boleh lawan Nisa Ai”.

BERITA TRENDING: Ini Kisah Guru Yang Tinggal Dalam ‘Rumah Stor’ Bersaiz 2.74 Meter Lebar & 4.87 Meter Panjang

“Titik permulaan ‘tak boleh lawan Nisa Ai’ disebabkan ada seorang ni dia buat trend yang sama dengan saya untuk marketing dia. Yang komen dekat post dia tu mostly my fans,” kata Nisa.
@nesslow_
Harap korang semua faham ??❤️♬ Crolatte - Sped Up - Yunan Helmi Bagaimanapun, Nisa mengaku tidak bersetuju apabila komen itu ditinggalkan di video yang memaparkan isu-isu sensitif seperti kemalangan dan konflik Palestin yang sedang hangat diperkatakan.
“Korang takde common sense langsung, awak tengok video orang meninggal, ceramah ustaz, video orang melecur, video pasal Palestin, kenapa komen benda-benda macamtu yang sebabkan nama orang lain buruk.
“Tolong berhenti komen ‘tak boleh lawan Nisa Ai’, jadi kalau dalam ruangan komen tu masih ada lagi, tu memang jenis yang tak reti bahasalah orang kata,” tambah Nisa.
Sekadar info, Nisa merupakan talent untuk produksi YouTube Alieff Irfan yang popular dengan drama-drama pendek berkisahkan tentang kehidupan.
Sumber: TikTok
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.