,
Laman Utama

“Tak Boleh Ke Kawan Nak Datang Teman?” - Farisha Iris Kata Tak Bercinta Dengan Niezam Zaidi Lah

Mya Amri
07/06/2022
00:48 MYT
Penyanyi Farisha Iris menjelaskan kehadirannya menemani pelakon Niezam Zaidi ketika majlis pratonton filem Rompak adalah sebagai teman baik.
Menurut Farisha, dia selesa berkawan rapat dengan Niezam dan hubungan mereka tidak lebih daripada itu.
“Tak adalah, kami masih berkawan macam biasa. Alhamdulillah saya betul-betul selesa berkawan dengan dia, tak ada apa-apa pun.
“Memang tak ada plan sebenarnya (mengenai hubungan), perlahan-lahan. Insya-Allah. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada… Nak buat macam mana. Doa yang baik-baik.
“Itu gosip sahaja, tak boleh ke kawan nak datang teman? Setakat ini dia yang paling rapat. Saya kawan baik dengan dia sahaja,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Niezam juga menjelaskan terdapat salah faham mengenai hubungan rapat itu sehingga ada yang membuat spekulasi mereka bercinta.
“Orang ingat kami ada apa-apa tapi sebenarnya tidak. Itu hanya gosip sahaja. Asalnya bermula masa saya post gambar dia waktu hari jadi.
“Dari situ mula timbulnya salah faham. Doakan yang baik-baik. Insya-Allah,” katanya.
Tambah Niezam lagi, pengalaman lalu banyak memberikan pengajaran buat dirinya menyebabkan dia mahu lebih berhati-hati untuk perkara yang melibatkan hubungan.
“Pengalaman lalu banyak mengajar saya sebenarnya jadi saya mahu lebih berhati-hati kerana ia melibatkan dua orang, dua hati.
“Alhamdulillah sekarang saya bersyukur kerana ada masa dengan keluarga, kerjaya seni juga berkembang baik.
“Bagi saya ada jodoh tak ke mana lebih kurang begitulah. Lagi pun soal jodoh bukan saya yang tentukan.
“Saya ada ramai kawan perempuan tapi yang rapat adalah Farisha. Kami mula rapat semasa menjalani penggambaran sebuah telefilem. Tapi nak kata cinta lokasi tak juga,” jelasnya.
Selain Niezam, filem Rompak arahan Ghaz Abu Bakar itu turut dibintangi Zizan Razak, Daiyan Trisha, Azhar Sulaiman, Chubb-E, Tony Eusoff dan Ezlynn.
Filem Rompak akan ditayangkan di Astro First bermula 16 Jun ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kongsi Momen Bersama, Fify Azmi & Niezam Zaidi Sedang Hangat Bercinta? - “He Is Not A Bad Boy… My Good Man”

gempak
11/09/2024
03:55 MYT
Perkongsian video di TikTok Fify Azmi memperlihatkan momen-momen romantik aktres itu dengan aktor Niezam Zaidi menarik perhatian netizen.
Hiburan

Amir Ahnaf Memang Minat Dolla! Mohon Maaf Pada Angel, Tak Sangka Kehadiran Di Konsert Cetus Spekulasi - “Dah Anggap Macam Adik"

gempak
08/08/2024
01:25 MYT
Pelakon filem Kahar Kapla High Council, Amir Ahnaf menafikan dakwaan bercinta dengan anggota kumpulan Dolla iaitu Angel.
Viral

Umpama Dalam Drama & Filem, Ini 5 Rompakan Terbesar Yang Pernah Berlaku Di Malaysia!

gempak
29/07/2024
13:55 MYT
Jenayah rompakan semestinya antara salah satu jenayah yang paling banyak diadaptasikan untuk dijadikan filem dan drama.
Hiburan

Nonny Nadirah Sakan Bikin Kontroversi, Niezam Zaidi Terkejut– “Dia Hamba Allah Yang Baik…”

gempak
20/07/2024
09:55 MYT
Niezam, 31, berkata, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat wanita terbabit dan menganggap apa yang terjadi adalah hikmah.
Viral

Tiga Jurusolek Lelaki Berperwatakan Wanita Didakwa Rompak Rakan

gempak
17/07/2024
02:25 MYT
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas kenalan mereka minggu lepas.