Laman Utama
Tak Bersalam Atau Berdakap, Normala Samsudin Sayu Ziarah Ibu Di Kampung
Bekas personaliti televisyen Puan Seri Normala Samsudin sayu apabila terpaksa menahan diri daripada bersalaman dan mendakap ibu ketika menziarahnya di kampung.
Jelas Normala, dia enggan menjadi penyebab sekiranya perkara tidak diingini berlaku kepada ibunya yang baru keluar hospital itu.
"Dapat belikan keperluan dapur, keperluan asas yang memang saya lakukan tiap bulan, sejak saya mula bekerja dahulu.
"Mendengar suara, melihat kelibatnya yang baru keluar hospital, cukup mengubat kerinduan. Saya dan suami tidak bersalam dengan mak sejak PKP yang pertama dulu, jauh sekali berdakap.
"Jangan sesekali langgar SOP, sebab saya sayang emak saya, adik beradik saya, dan saya tak mau menjadi penyebab jika sekiranya saya ‘carrier’," ujarnya.
Normala juga sebelum pulang menziarah ibunya di kampung telah melakukan ujian swab Covid-19 bagi meyakinkan dirinya berada dalam keadaan yang baik.
"Insya-Allah saya dah test 2 minggu lalu.. Alhamdulillah dapat jumpa 2 malam sudah mencukupi," tambahnya berserta tanda pagar #balikkgmakdahsihatbanyak #tqpolisfrontlinerbagiizin.
Aksi Normala yang terpaksa berpisah dengan ibunya itu turut menyentuh hati warganet.
Malah, ada yang turut berkongsi kerinduan terhadap keluarga masing-masing yang terpisah sekian lama lantaran Covid-19.
Must-Watch Video