,
Viral

"Tak Akan Ada Leftenan Zana 2" - Sheila Rusly

Amri Hassan
14/03/2019
08:35 MYT
Penerbit dan pelakon drama bersiri popular Leftenan Zana, Sheila Rusly menegaskan tidak akan meneruskan sekuel drama tersebut.
Biarpun mendapat sambutan ramai dan permintaan untuk menyambung drama ketenteraan itu untuk musim kedua, Sheila tetap dengan pendiriannya.
"Ramai yang minta saya menerbitkan Leftenan Zana 2 dan Leftenan Zana Raya, tetapi itu tidak akan berlaku," katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, dek sokongan dan apresiasi penonton terhadap naskhah tersebut, Sheila akan menerbitkan drama ketenteraan berasaskan pertempuran (kombat) pada tahun 2020.
"Saya masih berbincang dengan pihak Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) dan akan ada naskhah baharu daripada JS Pictures Sdn. Bhd. yang lebih gah daripada Leftenan Zana.
"Genre drama ketenteraan sedikit berbeza dan lebih kepada aksi dan kombat. Namun, elemen percintaan masih diselitkan dan saya luaskan skop cinta itu kepada keluarga, negara dan agama.
"Sebenarnya sudah ramai yang menyerah diri untuk membintangi drama itu dan saya akan memilih pelakon yang betul-betul memiliki jiwa ketenteraan.
"Bukan datang set semata-mata nak bergambar pakai baju tentera," tambahnya yang sibuk dengan program Ketuk-Ketuk Ramadan musim ke-15.
Drama Leftenan Zana meraih lebih 10 juta tontonan di televisyen dan 6 juta tontonan di YouTube sejak bersiaran sejak 8 Februari lalu
Leftenan Zana arahan Azman Haji Yahya atau Jinggo itu mengisahkan impian Zana lakonan Janna Nick yang bercita-cita menjadi anggota tentera tetapi tidak direstui bapanya, Mejar (B) Rahmat (Hairie Othman)..
Drama 10 episod itu turut dibintangi Tunku Hanis, Redza Rosli, Aprena Manrose dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Ezzanie Jasny Rupa-Rupanya Perangai Sejenis Kalut, Tak Ada Beza Dengan Watak Fish Dalam Drama Uncle Boss Mama – “Sangat Chaotic”

gempak
09/09/2024
12:25 MYT
Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi pengalaman memegang watak Farafisha atau Fish di dalam drama Uncle Boss Mama.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.