,
Laman Utama

"Tak Ada Niat Pun Nak Jadi Lebih Daripada Kawan" - Idan Aedan Jelas Hubungan Dengan Mia Sara

Amri Hassan
08/07/2022
07:25 MYT
Pelakon remaja Idan Aedan menegaskan hubungannya dengan pelakon Mia Sara Nasuha hanya sekadar kawan.
Kata Idan, 18, laporan yang tersebar baru-baru ini telah disalahanggap oleh segelintir pihak dan mengundang spekulasi yang kurang tepat.
"Sebenarnya itu adalah salah faham sebab saya ada post gambar ketika keluar makan bersama dengan dia (Mia Sara), tapi hakikatnya waktu itu pengurus kami pun ada bersama.
"Saya tak pernah keluar dengan dia kalau bukan waktu shooting. Jadi, apa yang boleh saya tegaskan di sini, kami cuma berkawan saja.
"Lepas kecoh fasal cerita kami keluar bersama hubungan kami masih okey, tak bergaduh pun dah dia sangat memahami. Dia faham situasi itu macam mana sebab gosip akan mudah bertebaran walaubagaimana sekali pun," jelasnya kepada Gempak.
Idan ditemui pada majlis pra-pelancaran filem Anak Rimau dan kolaborasi bersama Al-Ikhsan Sports di The Curve, Damansara, pada Khamis.
Begitupun tambah Idan, hubungannya dengan Mia Sara masih baik dan menganggap pelakon itu tidak lebih sekadar kawan.
"Sekarang bukan masa untuk saya memfokuskan hubungan atau percintaan sebab banyak lagi yang perlu saya lakukan terutamanya karier saya.
"Memang ada peminat yang kecewa apabila keluar cerita itu, tapi saya sudah terangkan kepada followers saya di IGs dan jelaskan hal sebenar bahawa kami cuma berkawan.
"Saya pun tak ada niat nak jadi lebih daripada kawan," ujarnya yang mengakui masih solo.
Menerusi kenyataan kepada media sebelum ini, Idan mengakui Mia Sara punyai ciri-ciri gadis idamannya sebagai individu yang pandai bergurau dan pendegar setia.
Justeru, Idan menafikan bahawa cerita yang tersebar itu sebahagian daripada gimik untuk memasarkan produk filem lakonannya.
"Bukan, ini bukan gimik. Normallah bila kongsi gambar dengan kawan berlainan jantina pasti akan ada orang yang bercerita.
"Bagi saya rasa tak perlu untuk sebarang gimik, biarlah orang kenal saya menerusi lakonan dan bakat saya sendiri," tambahnya.
Dalam pada itu, filem Anak Rimau hasil usahasama bersama Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) & Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) akan dijadualkan tayangan pada September ini.
Anak Rimau dibintangi Beto Kusyairi, Idan Aedan, Azhan Rani, Kechikimi, Adam Corrie, Hanz Daniel Skelchy, Pemain Bolasepak Belia Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.