,
Laman Utama

Taja Bekas Guru Tunai Umrah, Timbalan Menteri Kewangan II Guna Duit Sendiri

Izwan Isa
02/10/2023
03:50 MYT
“Di Tanah Suci Makkah nanti, mohon cikgu halalkan segala ilmu yang diajarkan dan doakan Steven diberikan kekuatan menggalas tanggungjawab berat sebagai wakil rakyat,” demikian luahan Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata, tajaan umrah itu menggunakan wang peribadi dan bukannya peruntukan kerajaan bertujuan menghargai jasa guru yang merupakan tenaga pengajar pertama dalam hidupnya.
“Februari lalu, saya janji nak taja guru darjah satu saya, Cikgu Zaniyah dan suaminya, Pak Johari untuk menunaikan umrah.
“Ini saya pakai duit sendiri sebagai menghargai jasa guru sekolah pertama dalam hidup saya, bukan pakai peruntukan kerajaan.
“Kini, penantian lapan bulan untuk ke Tanah Suci Makkah berakhir,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam menerangkan, beliau pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semata-mata ingin memberikan kejutan buat gurunya itu.
Beliau turut mendoakan agar pasangan tersebut selamat pergi dan pulang serta memperoleh umrah yang mabrur.
“Bangun sebelum subuh, pergi lapangan terbang beri kejutan kat Cikgu Zaniyah.
“Cikgu tak tahu saya akan datang untuk menghantar mereka, saya tak maklum sebab nak bagi kejutan.
“Kelesuan bangkit tidur jam 4 pagi hilang apabila saya tengok senyuman syahdu pada wajah cikgu dan Pak Johari,” ujarnya.
BACA: Agensi Travel Nafi Taja Abang Tesla & Isteri-Isteri Umrah, Segala Perkhidmatan Hanya...​
BACA: Pergi Umrah Sebab Trend? Ustaz Kecewa Jemaah Hanya ‘Rajin’ Ketika Di Tanah Suci, Bila Pulang Ke Kampung…​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Pelajar Hidap Penyakit Sopak Selepas Ditampar Guru

gempak
08/09/2024
18:55 MYT
Huang berkata, dia membawa anaknya, Liu yang berusia 11 tahun ke hospital selepas menyedari pipi kanan anaknya membengkak teruk.
Berita

Umrah & Muslim Travel Fair Anjuran PAPUH Mesra Muslim, Bebas Risiko - "Kami Hanya Benarkan Agensi Punya Lesen Penuh"

gempak
05/09/2024
17:05 MYT
Setiap masa, pasti akan ada sahaja rungutan dan insiden individu ditipu daripada agensi umrah dan pelancongan. Hal itu mendorong Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair 2024.
Hiburan

Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

gempak
03/09/2024
09:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca atau nama sebenarnya Rebecca Nur A Islam berkongsi rakaman video yang memaparkan hujan lebat di Masjidil Haram.
Viral

Momen Buah Mangga Untuk 'Pak Long' Runtun Hati Warganet

gempak
18/08/2024
07:55 MYT
Bukan setakat kasih sayang seorang guru, malah karakter seorang guru besar lelaki di salah sebuah sekolah rendah di negara ini turut disifatkan seperti seorang ayah.