,
Hiburan

Tahun Lalu Menang Anugerah, Michelle Yeoh Kembali Ke Golden Globe Jadi Penyampai

Maliah Surip
05/01/2024
12:55 MYT
Tan Sri Michelle Yeoh kembali ke majlis berprestij yang pernah menjulang namanya sebagai pelakon Malaysia pertama meraih trofi di Golden Globe pada tahun lalu dengan menjadi penyampi pada penganjuran kali ini.

BERITA TRENDING: Rupanya Michelle Yeoh Sambut Cucu, Bukan Anak!

Yeoh sebelum ini dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe menerusi lakonan berkesannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.Nama bintang kelahiran Ipoh, Perak ini diumumkan sebagai antara barisan penyampai pada pengumuman yang dibuat baru-baru ini.
Selain Yeoh, beberapa nama besar dalam industri Hollywood turut diumumkan sebagai barisan penyampai.
Mereka termasuklah Oprah Winfrey, America Ferrera, Daniel Kaluuya, Florence Pugh, Hailee Steinfeld, Issa Rae, Shameik Moore, Simu Liu, Amanda Seyfried, Angela Bassett, Gabriel Macht, George Lopez, Julia Garner, Justin Hartley, Michelle Yeoh, Patrick J. Adams dan Will Ferrell.

BERITA TRENDING: Bakal Menerima Bintang Di Hollywood Walk Of Fame, Ini Maklum Balas Netizen: “Dia Belum Pernah Dapat?”

Golden Globe edisi ke-81 akan dihoskan Jo Koy dijadual berlangsung 7 Januari ini di Beverly Hills, California.Antara filem yang mendapat pencalonan terbanyak menerusi edisi tahun ini adalah Barbie dan Oppenheimer.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh Lakar Sejarah Sampaikan Pingat Kepada Pemenang 3m Papan Anjal

gempak
10/08/2024
00:45 MYT
Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah peribadi apabila buat pertama kali diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat Olimpik Paris 2024 kepada pemenang acara terjun 3 meter (m) papan anjal.
Sukan

Dipuji Michelle Yeoh, Zii Jia & Aaron Chia-Soh Wooi Yik Dijanjikan SUV Oleh Chery Malaysia

gempak
06/08/2024
01:48 MYT
Kejayaan yang dilakar dari kem badminton negara pada Olimpik Paris 2024 terus mendapat perhatian.
Hiburan

Michelle Yeoh Seru Sokongan Buat Pasukan Olimpik Pelarian, Sempat Singgah Penginapan Atlet Malaysia

gempak
27/07/2024
05:55 MYT
Menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 yang membuka tirai secara rasmi pada awal pagi Sabtu waktu Malaysia, bintang filem antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh menitipkan kata-kata semangat buat Pasukan Olimpik Pelarian yang bakal beraksi pada temasya tersebut.
Hiburan

#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian

gempak
07/05/2024
13:55 MYT
Uniknya busana Michelle Yeoh.
Hiburan

Rupanya Michelle Yeoh Sambut Cucu, Bukan Anak!

gempak
02/01/2024
10:19 MYT
Tahniah untuk kelahiran cucu!