,
Gaya Hidup

Tahniah.. SM Faliq & Chryseis Tan Umum Nama Bayi Perempuan, Sedap betul!

Azwa Rahman
26/07/2020
05:03 MYT
Pasangan ahli perniagaan SM Faliq SM Nasimuddin dan Chryseis Tan telah menimang cahaya mata perempuan pada 16 Julai 2020.
Menerusi laman sosial Instagram, Chryseis memuat naik wajah foto anaknya buat kali pertama untuk tatapan umum.
Malah, pasangan ini turut mengumumkan nama yang indah buat puteri sulung mereka, Arianna Kyla Tan.
“Memperkenalkan cinta hati kami paling berharga, Arianna Kyla Tan SM Faliq, lahir pada 16 Julai seberat 2.9kg,” tulis Chryseis.
Menerusi perkongsian di Instagram juga, Chryseis turut berkongsi foto ketika anaknya baru dilahirkan serta foto lengkap mereka sekeluarga ketika keluar daripada hospital.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya teruja dengan khabar gembira ini.
Malah, mereka turut memuji pemilihan nama puteri sulung pasangan anak jutawan ini.
“Muka datuk dia ni. Sangat cute, sangat bertuah! Semoga Allah sentiasa lindungi baby Arianna Kyla,” kata seorang wargamaya.
“Gembira melihat ibu dan anak sihat, tahniah kepada pasangan Faliq dan Chryseis,” komen seorang wargamaya.
“Assalamualaikum Arianna Kyla Tan SM Faliq. Semoga membesar menjadi anak yang solehah, amin,” doa seorang wargamaya.
“Aww, cantiknya nama tu!” puji seorang wargamaya.
“Oh my, sedapnya nama tu. Semoga Arianna membesar jadi anak yang baik pada mommy dan daddy ya,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 40,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Imbas kembali, pasangan anak jutawan Naza Group dan Berjaya Group ini telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 di The Chateau, Bukit Tinggi, Pahang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kongsi Foto Percutian Di Pulau Redang, Netizen Persoal Chryseis Tan - “Tak Nampak Macam Throwback”

gempak
28/06/2021
07:45 MYT
Seronoknya dapat mandi laut!
Laman Utama

“Tak Nampak Macam Baru Lepas Bersalin” - Pusing Melaka, Penampilan Kurus Chryseis Tan Tarik Perhatian

gempak
03/09/2020
04:49 MYT
Super slim!
Laman Utama

“Tak Rasa Sakit Langsung” - Bersalin Secara Pembedahan, Chryseis Tan Kongsi Pengalaman Melahirkan Anak

gempak
11/08/2020
10:12 MYT
Tahniah SM Faliq dan Chryseis Tan!
Gaya Hidup

Tetamu Undi Jantina Bayi Dalam Beg Gucci, Meriahnya Majlis Baby Shower Chryseis Tan & SM Faliq SM Nasimuddin!

gempak
15/06/2020
07:53 MYT
Viral

Perfect! Gemilangnya Majlis Resepsi Faliq Nasimuddin & Chryseis Tan

gempak
09/07/2018
12:10 MYT