,
Laman Utama

Tahniah! Perlis, Sarawak & Labuan Beralih Ke Fasa 3 PPN Bermula 4 Ogos Ini

Awani
02/08/2021
22:11 MYT
Tahniah! Akhirnya tiga buah negeri membabitkan Perlis, Sarawak dan Labuan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 4 Ogos ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Muhyiddin menjelaskan tiga buah negeri itu beralih ke Fasa 3 PPN kerana menunjukkan prestasi yang amat baik buat masa ini.
"Pada mesyuarat petang ini juga, Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, telah membentangkan perkembangan pelaksanaan PPN.
“Alhamdulillah, sukacita ingin saya umumkan bahawa tiga buah negeri yang menunjukkan prestasi yang amat baik akan beralih ke Fasa 3 PPN iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa Rabu, 4 Ogos 2021.
"Tahniah dan syabas saya ucapkan. Suka untuk saya mengingatkan agar SOP dan peraturan yang telah ditetapkan terus dipatuhi dan semua usaha untuk menambahbaik situasi pandemik di negeri masing-masing diteruskan.
"Saya berharap dengan kerjasama semua pihak di seluruh negara lebih banyak negeri akan dapat bergerak ke fasa seterusnya," katanya.
Dalam kenyataan itu juga Muhyiddin menjelaskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih memperhalusi kemudahan kepada individu yang telah lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin.
Selain itu beliau memaklumkan, MKN juga turut membincangkan kemudahan yang bakal dinikmati sektor ekonomi.
"Perkara ini perlu diperhalusi dengan berhati-hati bagi memastikan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
"Insya’Allah kemudahan-kemudahan ini akan saya umumkan dalam waktu yang terdekat dan diharapkan dapat memanfaatkan sebaiknya individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan juga membantu sektor ekonomi kita dengan mengambilkira keselamatan rakyat," katanya lagi.
Perdana Menteri memaklumkan strategi kerajaan adalah memberikan vaksinasi kepada seramai mungkin penduduk dewasa di Malaysia bagi memastikan pemulihan negara dapat dijalankan dengan lancar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Selepas Lebih Sebulan, Barangan Milik Allahyarham Farah Kartini Dihantar Pulang

gempak
30/08/2024
00:25 MYT
Selepas lebih sebulan, semua barangan milik pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemui mati dipercayai dibunuh dihantar pulang ke kediaman keluarganya di Sarawak.
Hiburan

"Saya Dengar Bunyi Gamelan" - Ratu Cantik 'Diusik' Kejadian Mistik Masuk Gua, Tetap Takjub Dengan Keindahan Malaysia!

gempak
27/08/2024
02:30 MYT
Ratu Cantik dan pengacara, Vivienna Alfred, 27, menyahut cabaran merasai cabaran menyusuri kegelapan, laluan berbahaya, dan keletihan menerusi rancangan Caves & Cavern.
Sukan

Sukma Sarawak 2024: Bakal Duduki SPM Hujung Tahun, Atlet Perak Ini Tetap Cemerlang Dalam Sukan – “Saya Harap Dapat Keputusan Straight A”

gempak
20/08/2024
12:25 MYT
Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh seorang atlet daripada segi masa dan tenaga serta pembahagian waktu pembelajaran akademik selain sukan juga perlu diutamakan.
Sukan

Formasi Dron, Pancaran Laser Warnai Perasmian Gilang-Gemilang Sukma 2024

gempak
18/08/2024
05:55 MYT
Pertunjukkan dron bercahaya dan pancaran laser pelbagai warna di dalam Stadium Sarawak malam tadi memukau kira-kira 40,000 hadirin yang menyaksikan upacara pembukaan gilang-gemilang Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Viral

Keluarga Farah Kartini Mohon Henti Keluar Kenyataan Gores Hati

gempak
16/07/2024
15:24 MYT
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.