,
Hiburan

Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom

Awani
04/05/2024
09:00 MYT
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
Salah seorang penerima anugerah tersebut adalah bintang Hollywood kelahiran Ipoh, Tan Sri Michelle Yeoh yang pernah membawa watak cemerlang sebagai Evelyn Wang dalam filem 'Everything Everywhere All at Once' (EEAAO).
Biden dalam ucapan menyifatkan penampilan Yeoh berjaya memecahkan sterotaip sekali gus melangkaui jantina, budaya, bahasa dan dalam masa sama memberikan inspirasi kepada orang ramai menerusi lakonannya.
"Di dalam dan di luar skrin, Michael Yeoh telah menghancurkan stereotaip dan siling kaca untuk memperkayakan, meningkatkan budaya Amerika.
"Peranannya melangkaui jantina, budaya dan bahasa, mempertahankan diri untuk seni mempertahankan diri, kepada komedi romantis, fiksyen sains, untuk menunjukkan kepada kita apa yang kita semua mempunyai persamaan.
"Sebagai pelakon Asia pertama memenangi Oscar, sebagai pelakon terbaik, dia merapatkan budaya bukan sahaja untuk menghiburkan, tetapi juga memberi inspirasi dan hati terbuka. Dan itulah yang dia terus lakukan. Tahniah," katanya.
Terdahulu, Yeoh juga muncul sebagai bintang Asia pertama meraih kategori Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 pada Mac lalu.
Sementara itu, Biden turut menyampaikan penghormatan kepada atlit renang Katie Ledecky yang pernah memenangi 16 pingat emas individu dan 26 pingat keseluruhan di Kejohanan Akuatik Dunia dan enam pingat emas Olimpik.
Antara senarai penerima lain adalah ahli politik Nancy Pelosi, bekas Senator Elizabeth Dole, bekas Naib Presiden Al Gore, Setiausaha Negara John Kerry dan Datuk Bandar New York terdahulu, Michael Bloomberg. AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh Lakar Sejarah Sampaikan Pingat Kepada Pemenang 3m Papan Anjal

gempak
10/08/2024
00:45 MYT
Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah peribadi apabila buat pertama kali diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat Olimpik Paris 2024 kepada pemenang acara terjun 3 meter (m) papan anjal.
Hiburan

#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian

gempak
07/05/2024
13:55 MYT
Uniknya busana Michelle Yeoh.
Laman Utama

Michelle Yeoh Dengar ‘Ngauman’ Peminat Di Malaysia, Gembira Dah Makan Macam-Macam - “Nasi Lemak, Kari Laksa, Horfun …”

gempak
18/04/2023
06:56 MYT
Comelnya Tan Sri Michelle Yeoh.
Laman Utama

Selepas Michelle Yeoh, Aliza Ali Pula Catat Kejayaan! Jadi Wanita Malaysia Pertama Penyampai Bursa Saham Hong Kong!

gempak
15/03/2023
07:30 MYT
Congrats.
Laman Utama

“Tak Pasti Jangan Kongsi!” - JPM Sahkan Berita PM Beri Cuti Umum Rabu Adalah Palsu

gempak
14/03/2023
09:51 MYT
Rabu kerja tau guys.